Anda : Pengguna yang mahir ICT tapi berhemah atau tak?


Anda mungkin mahir ICT tetapi adakah anda mempunyai apa yang diperlukan untuk menjadi seorang pemandu yang berhemah di lebuhraya maklumat? Uji sejauh mana tahap etika penggunaan teknologi anda dengan sijil IC CITIZEN, satu-satunya program pensijilan bertaraf dunia untuk memastikan bahawa anda benar-benar memahami tatacara penggunaan teknologi dalam dunia digital hari ini.

Memetik Kenali Program 1CITIZEN daripada Rujukan Ringkas Pelajar untuk kursus ini, pensijilan IC CITIZEN ini merupakan sebahagian daripada program 1CITIZEN; sebuah program latihan yang dibangunkan khas oleh Prestariang Systems Sdn Bhd untuk memupuk perpaduan negara dan semangat perpaduan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia melalui penggunaan teknologi secara berhemah.

Dah tiga hari menghadiri kursus 1citizen di Pusat Jalur Lebar Komuniti di PJK Felda Sg Tiang, Pendang, Kedah. Rupa-rupanya kita ni terkadang terlepas pandang sesuatu yang penting. Sebabnya? Kita anggap perkara tu remeh-temeh sangat.

0 Pemberi Komen:

Post a Comment

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan