Bukan sekadar Mat Rempit, Minah Rempit

Kalau sebut negeri Kedah, orang akan terpandangkan teringatkan terkenangkan sawah padi, laksa asam kedah. Tu zaman dulu-dulu kala. Sekarang pulak Mat Rempit, Minah Rempit lah yang popular.


Gambar diambil di SINI

Tapi tu bukan fokus utama saya pada entri kali ni. Saya cuma nak kongsikan perkataan popular yang selalu orang-orang negeri Kedah gunakan. Ini tak termasuk rakyat negeri Kedah yang sudah jadi pengguna ayat berunsurkan Kuala Lumpuq. Itu NO COMMENT. Hak percakapan memasing yang empunya.

Antara perkataan yang sangat common di sini ialah
awat?
takpa la
biaq p la

Perkataan di atas seolah-olah menunjukkan rakyat negeri Kedah ni seolah-olah tak kesah ja kalau apa-apa yang berlaku, contohnya sesuatu masalah menimpa. Merujuk kepada penggunaan perkataan tu la.

Tadi yang masih dok hairan tu, orang-orang masih kata rakyat negeri Kedah ni cakap kasaq. Nada ja kot kasaq. Biasa la kan, banyak perkataan yang ada Q.

Lapaq. Kasaq. Gegaq.

Tapi saya rasa tak kasaq pun..huhu..dah saya orang negeri Kedah kan




Gambar diambil di SINI
Continue Reading

Mari suka kan kerja memasing..

Memetik petikan akhbar Harian Metro hari ni.
KUALA LUMPUR: Sama ada guru mahupun pelajar, kedua-duanya harus belajar cara mengawal emosi sekiranya tidak mahu sekolah dicemari insiden pergaduhan sekali gus dilihat sebagai institusi membenarkan keganasan berlaku.
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, insiden pelajar menumbuk muka guru bertubi-tubi seharusnya menjadi iktibar kepada semua pihak.
Katanya, kes pukul memukul membabitkan dua pihak terbabit yang dipaparkan media wajar diberi perhatian berikutan dikhuatiri makin bertambah gara-gara kegagalan pihak sekolah menangani soal disiplin. “Kita hampa apabila perkara ini berlaku dan pelajar seharusnya sedar bahawa perlakuan memukul guru serta memaki golongan yang banyak memberi bimbingan tidak elok, apatah lagi tindakan berkenaan memperlihatkan sikap kurang ajar.
“Dalam masa sama, guru perlu bijak menangani keadaan menggunakan pendekatan berhemah (ketika melayan pelajar bermasalah), jangan cuba bangkitkan ketidakpuasan hati,” katanya.


Pada saya, bukan setakat satu pihak ja kena menjaga emosi, semua pihak kena terlibat. Macam perjalanan kerja saya sekarang ni, kadang-kadang tiap-tiap hari kena meninggi suara. Ada yang bagi kerjasama, ada yang tidak. Yang kecik atau yang besar semuanya sama saja. Umur tak ada yang beza. Mentang-mentang saya berkhidmat untuk rakyat (macam ahli wakil rakyat @ Parlimen sudah).

Saya cuma nak lancarkan perjalanan kerja saya dan juga penggunaan internet & PC oleh pengguna khususnya kanak-kanak dan remaja tapi bila kena meninggi suara selepas MENEGUR YANG SALAH tak diterima, siapa yang tak rasa tension kan?

Rasa macam malas nak menegur tapi tak tegur karang, lain pulak jadinya. Tegur karang, rasa macam tegas sangat. Alahai..

Gambar di bawah untuk memotivasikan diri saya........................

Continue Reading

Surat Perletakan Jawatan

Kepada Tuan Punya Badan.

Tarikh ini Tahun ini.

Tuan,

Per: Notis Berhenti Kerja dengan Serta Merta

Merujuk kepada perkara di atas, saya selaku ibu jari mewakili jari jemari yang lain iaitu jari telunjuk, jari hantu, jari manis dan jari kelingking ingin
memaklumkan kepada pihak tuan punya badan bahawa kami sebulat jari jemari akan berhenti kerja mulai saat ini minit ini jam ini hari ini bulan ini tahun ini.

2. Kami semua berbuat demikian adalah kerana oleh kami sudah tidak tahan dengan kadar kelajuan tuan punya badan menaip sehari-hari di tempat kerja. Ini dibuktikan lagi dengan ujian kadar kelajuan tersebut di Speed Test Finger

3. Kami amat berharap agar pihak tuan punya badan dapat mempertimbangkan notis kami ini dengan secepat mungkin dan segala jasa baik dan kerjasama dari pihak tuan punya badan sepanjang kami berkhidmat dengan tuan punya badan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

________________________
IBU JARI
(mewakili jari telunjuk, jari hantu, jari manis dan jari kelingking)

Continue Reading

Lepas kahwin : suami atau isteri cepat gemuk?

Idea ni timbul bila selongkar gambar-gambar teman dengan suami dorang. Dulu sebelum kahwin, rasanya slim cantik ja suami dorang tapi bila dah lepas kahwin ni, ada yang dah chubby. Si isteri main kurus chomel ja.


Ada pulak tu si isteri yang naik badan chubby lepas kahwin, si suami maintain kurus lak. Kes ni terbukti dalam kes paksu dengan maksu saya. Si paksu ni sampai sekarang makin kurus, si maksu lak makin bertambah-tambah.

Kalau si suami makin chubby, boleh gak dikatakan bahawa asyik dok pekena masakan air tangan si isteri, berselera lah katakan. Kalau si isteri makin chubby lak, selalu orang cakap si isteri tak pandai nak jaga badan lepas kahwin...alahai..

Kurus pun susah ye tak..

Asalkan hati bahagia dah la..tapi kalau nak kuruskan badan, cari lah satu masalah. Memang leh kurus badan..huhu

Tapi janganlah ada yang ambil jalan mudah dengan merokok.
Sayangilah kesihatan dan badan anda. Kalau pun takda orang yang menyayanginya...ye tak...
Continue Reading

Hidup Mesti Pandang Ke Depan...

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, akhirnya terbit jua idea untuk saya meneruskan penulisan blogging saya dan masih meneruskan laman maya ni sebab malas nak serabutkan minda saya menguruskan pembinaan blog laman maya baru. Syukur jua sebab kehidupan dapat diteruskan setelah pelbagai cabaran dan halangan menghentam bertalu-talu.

Setelah 4 bulan menjadi penanam anggur tanpa gaji, akhirnya tanggal 13hb Mei 2010 tawaran kerja yang dipohon setahun yang lepas menjadi milik Cik Umi Nazrah. Memang gembira tahap gaban seperti raksasa jahat dapat pijak Ultraman dan juga Kamen Rider Kabuto. Tak terkata rasanya. Jadi kepada sesiapa yang tersesat ke Kuala Pegang, Baling, Kedah sila cari saya di Pusat Jalur Lebar Komuniti Seberang Titi....huhuhu...


Semalam pulak, lulus ujian JPJ setelah kadar getaran di dalam jiwa raga dan perut dapat diatasi akhirnya, haha. Terima kasih buat Encik Rabidin, penolong pegawai JPJ Kulim. Kamu memang sungguh baik dan chomel. Maaf meninggikan suara ye encik sebab saya sedang nervous, haha. Berbaloi lah berlubang tapak kasut ni sampai lulus ujian.......
Continue Reading