Showing posts with label SKMM. Show all posts
Showing posts with label SKMM. Show all posts

Ada yg dah guna rebat RM200 telefon pintar untuk belia daripada SKMM?

Ada yang dah daftar ke untuk rebat RM200 telefon pintar ni? Aku dah daftar dan dah cetak slip pendaftaran. Tapi aku jadi ragu-ragu lak bila buka website Celcom. Sebab harga selepas rebat RM118 tu termasuk di dalam komitmen bulanan iaitu Celcom First Prime (RM40) dan Mobile Internet Basic (RM38). Advance Payment RM250.

Macam banyak je duit yang nak kena keluar? Ke ada apa2 yang aku tak faham atau tersalah faham? Ada yang dah g gunakan rebat RM200 ni ke? Boleh kongsi pengalaman?


Continue Reading

Anda : Pengguna yang mahir ICT tapi berhemah atau tak?


Anda mungkin mahir ICT tetapi adakah anda mempunyai apa yang diperlukan untuk menjadi seorang pemandu yang berhemah di lebuhraya maklumat? Uji sejauh mana tahap etika penggunaan teknologi anda dengan sijil IC CITIZEN, satu-satunya program pensijilan bertaraf dunia untuk memastikan bahawa anda benar-benar memahami tatacara penggunaan teknologi dalam dunia digital hari ini.

Memetik Kenali Program 1CITIZEN daripada Rujukan Ringkas Pelajar untuk kursus ini, pensijilan IC CITIZEN ini merupakan sebahagian daripada program 1CITIZEN; sebuah program latihan yang dibangunkan khas oleh Prestariang Systems Sdn Bhd untuk memupuk perpaduan negara dan semangat perpaduan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia melalui penggunaan teknologi secara berhemah.

Dah tiga hari menghadiri kursus 1citizen di Pusat Jalur Lebar Komuniti di PJK Felda Sg Tiang, Pendang, Kedah. Rupa-rupanya kita ni terkadang terlepas pandang sesuatu yang penting. Sebabnya? Kita anggap perkara tu remeh-temeh sangat.
Continue Reading

Liga Remaja Kreatif

Jangan ingat pada Liga Inggeris ja tau. Mentang-mentang lah sekarang musim bola sepak yang sedang meletup, asyik bola aja. Makan bola, minum bola, tengok bola, mimpi bola, dating bola. Ini kisah liga yang lain daripada yang lain.

Tapi kali ni saya nak bercerita mengenai liga yang melibatkan remaja dan sedikit idea yang kreatif. Maka hasillah Liga Remaja Kreatif. Pertandingan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Memetik dari laman web SKMM, pertandingan ini

Liga Remaja Kreatif merupakan satu pertandingan kandungan terbitan tempatan terbaik meliputi dua peringkat iaitu peringkat negeri dan peringkat kebangsaan. Kandungan yang disertakan untuk pertandingan ini adalah dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam. Tema pada tahun 2010 adalah “Jalur Lebar Untuk 1Malaysia”

Pertandingan ini adalah terbuka kepada kesemua pelajar sekolah menengah bantuan kerajaan di seluruh Malaysia. Jangka masa (durasi) bagi setiap penyertaan adalah di antara 3 – 7 minit dan pada umumnya bertemakan jalur lebar dengan membawa mesej semangat 1Malaysia.

Objektif bagi pertandingan ini adalah seperti berikut: 1. Memupuk minat dan kreativiti dalam pembangunan kandungan 2. Mendidik remaja tentang asas kemahiran dan produksi dalam penceritaan dan peralatan 3. Mencetus keterujaan dikalangan remaja Malaysia terhadap potensi dan peluang dalam industri kandungan

Durasi Penyertaan : 3-7 Minit Tarikh Mula Penyertaan : 1 Jun 2010 Tarikh Tutup Penyertaan : 1 Ogos 2010

Senarai hadiah yang diberikan memang sangatlah lumayan. Tengoklah jumlahnya..

Peringkat Negeri Hadiah tempat pertama: RM3000 Hadiah tempat kedua: RM2000 Hadiah tempat ketiga: RM1000 Hadiah saguhati : RM500 x 7.

Peringkat Kebangsaan Hadiah tempat pertama: RM5000 Hadiah tempat kedua: RM3000 Hadiah tempat ketiga: RM2000

Liga-Remaja-Kreatif

Continue Reading