Andainya Nazra adalah Nazrul atau pun Nazran, maka
- Dapat bangun tidoq dengan mata yang ala-ala panda chomel pun tak mengapa sebab berjaga tengok World Cup 2010. Orang disekeliling takkan ada yang ambil kesah. Mereka pasti berkata-kata
ala biasa la tu, lelaki. Mata kuyu tak hengat tu sebab berjaga tengok World Cup la tu.
Kalau perempuan mata panda kuyu macam tu, entah apa gamaknya komen didalam kotak fikiran orang sekeliling. - Tak payah susah-susah nak kasi alasan meleret-leret kat sapa pun pasal nak keluar ke mana. Cuma kasi satu perkataan yang ringkas iaitu
Lepak mamak, tengok World Cup.
Senang ja kan... - Boleh sembang pasal World Cup SAHAJA satu hari suntuk dengan kawan-kawan.
Pagi nanti team mana yang lawan.
Semalam team ni kalah la.
Nanti final mesti team ni boleh masuk punya.
Dengan perempuan, mana leh. Kena cari yang betoi-betoi sekepala. Kalau tak, kena sembang pasal gelang, cincin, tudung....
Tapi sekarang kat rumah sewa Nazra tak ada TV, maka ada tak Kaum Adam yang sudi nak derma/sedekah/kasi pinjam TV sempena World Cup ni ja? Alaaaa sebulan ja pun……tak macho ler kedekut ngan perempuan……


