Isnin, Ogos 16, 2010

Netbook 1Malaysia

Akhirnya tahap adrenalin sudah sampai ke kemuncaknya! Tarikh pemberian Netbook 1Malaysia bagi kawasan Pusat Broadband Kg Lubuk Kabu, Seberang Titi, Kuala Pegang, Baling sudah dimaklumkan pada Khamis ini 19hb Ogos 2010. Diulangi, Khamis ini!

Sah la lepas ni percaturan hari dalam hidupku akan menjadi tak menentu. Ada masa lagi 3 hari sahaja (pada tarikh entri ini ditulis, 15hb Ogos 2010.)

Bebudak sekolah menengah di sini, gembira lah kamu. Dapat netbook percuma.

jalurlebarnetbook

Ini adalah sebahagian gambar sempena Pemberian 1000 Netbook di Kuala Nerang pada 8 Ogos yang lepas.

Baca Selanjutnya - Netbook 1Malaysia
Ahad, Ogos 15, 2010

Raya 2010 : Apa Yang Naz Rindukan?

Raya zaman moden sekarang ni ada banyak benda yang Naz rindukan. Kalau boleh tak mau lah segala benda ni ditinggalkan walaupun zaman dah jadi 2020 atau pun 2030 (macam sempat ja nak melayari 2030...huhu). Tapi itulah, zaman dah berubah. Perubahan mestilah membawa arus kehidupan yang lain daripada yang sebelumnya. Cakap banyak tak guna, mari selongkari apa yang Naz rindukan pada Raya 2010 kali ni.
  1. Mestilah air sirap! Tahun lepas tak ada rumah yang hidangkan air sirap. Semua hidangkan air oren Sunquick dengan air Ribena. Dah kaya orang-orang kita. Hehe. Air sirap dengan Raya memang sinonim..dulu-dulu lah. Zaman Naz bebudak dulu. Haha..
  2. Orang bagi duit Raya 2kupang(20 sen) dan 5kupang (50 sen)! Hehe. Memang takkan ada dah pun. Kalau bagi jugak, pasti rumah tu diboikot oleh bebudak dan dihebahkan kat dalam twitter perbincangan bebudak tatkala berjumpa di tengah jalan. Pasti!
  3. Orang gantung kad-kad raya! Mana ada kad raya yang digantung tu dalam kuantiti yang banyak. Kalau gantung pun mesti sikit. Itupun dicampur dengan kad raya yang zaman 90-an dulu-dulu. Sekarang ada jugak yang hantar kad raya guna khidmat pos tapi sikit lah sangat, Naz rasa. SMS is the Queen sekarang!
  4. Kuih-muih tradisional makin sikit! Kuih-muih sekarang didominasi oleh kuih-muih moden dan diimport seperti Biskut Almond London. Haha. Kuih-muih tradisional macam bahulu, kuih goyang Nabil loyang dan lain-lain tu jarang sangat bebudak nak makan. Makan sikit ja pastu terus tinggal. Membazir tau tak!!
  5. Dah tak ada pelita kat depan rumah! Yang ada hanyalah lampu kelip-kelip. Tambah-tambah lagi sekarang musim hujan, rugi ja kan pasang pelita. Tapi kalau ada, best jugak sebenarnya. Terasa suasana raya.

Itu sahaja lah kot. Kalau ada sesiapa yang sudi nak tambah-tambah lagi, sila lah!

raya

Gambar diambil di http://www.photomalaysia.com/
Baca Selanjutnya - Raya 2010 : Apa Yang Naz Rindukan?
Sabtu, Ogos 14, 2010

Apa yang saya cari dalam hidup?

Lamanya meninggalkan blog sendiri ni hinggakan status nuff sudah diturunkan daripada Glitterati. Entah apa yang merasuk diri sampai tak ada langsung semangat nak menaip malahan untuk mencari idea yang ingin dikarangkan. Cuma terdetik pula satu persoalan selepas balik daripada Kursus Refreshment di Subang Jaya dulu. Soalan seorang teman agak menghenyak diri, minda dan akal iaitu
Apa yang kita cari dan nak dalam hidup kita ni?

Puas jugak mencari di dalam diri dan hati apakah jawapan untuk diri sendiri. Namun rasanya tak usahlah dikongsi di sini, nanti ada pulak kritikan yang merundum jiwa. Cukuplah yang diterima setakat ini...

Ah!...................
Baca Selanjutnya - Apa yang saya cari dalam hidup?
Sabtu, Julai 31, 2010

Pengembaraan ke KL & Subang Jaya bermula esok.

Itu sahaja berita terkini daripada Nazra. Sehingga itu, blog ini akan dibiarkan sepi. Terima kasih pada yang meninggalkan jejak di Kotak Jerit dan juga komen. InsyaAllah harapnya semua itu akan dapat Naz balas sekembalinya daripada kursus 4 hari 3 malam tersebut.

* Membawa hati yang sedih akibat kelambatan internet di tempat kerja semenjak minggu lepas. Hari ini hari terakhir berada di atas talian pun, internet masih bengong.
Baca Selanjutnya - Pengembaraan ke KL & Subang Jaya bermula esok.
Rabu, Julai 28, 2010

Cipta Syurga di Hati Sendiri.


Buku yang pertama Naz beli untuk diri sendiri karya Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj. Dah lama Naz nak kongsikan apa yang ada dalam buku ni untuk yang lain tapi tak kesampaian. Asyik terlupa. Tak semua orang beli buku ni kan, jadi tak salah rasanya Naz ungkaikan sedikit sebanyak yang terkandung untuk manfaat bersama. Walaupun ada tutur ayat dalam buku ni pernah diterbitkan dalam buku terdahulu (sedikit saja kot) dan juga Majalah Mingguan Wanita tapi membaca buku ni tiap-tiap hari pun Naz boleh. Buku ni memang membuka minda dan juga hati.


Buku ni mengandungi 5 bahagian dengan setiap satunya ada pelbagai bab yang menarik dimulakan dengan bahagian 'Wahai Diriku yang Lupa', 'Mencari Damai di Hati', 'Laut Rasa yang Amat Dalam', 'Berikan Sebutir Cintamu Itu' dan juga 'Usia yang Terus Merangkak'. Menurut Dr. HM Tuah, pengisian 'Cipta Syurga Hati' adalah memberikan kita rasa bahagia, sebagaimana ungkapan 'rumahku syurgaku'. Ia bertujuan menyenangkan serta mendamaikan jiwa untuk melalui hidup seadanya. Syurga di hati sememangnya mampu dibentuk. Mengapa tidak, kerana hati boleh menjadi apa sahaja; hati haiwan, hati iblis, hati batu, tiada hati dan pelbagai lagi keadaan hati. 'Cipta Syurga Hati' adalah satu usaha mencipta sesuatu yang tidak dapat dilihati dalam bentuk benda tetapi akan terpamer kerana boleh diterjemahkan melalui peribadi dan perialku yang molek, menarik, betul, patut lagi munasabah.


Naz tak pandai untuk membuat rumusan bukan setakat buku ni malah buku-buku yang pernah Naz baca sebab nanti rasanya Naz bukan buat rumusan tapi menaip semula apa yang ada di dalam buku tu. Mesti tak menarik kan. Hehe. Apapun banyak booster yang Naz dapat di dalam buku ni antaranya madah-madah ini yang Naz dah lekatkan di dinding-dinding rumah batu untuk tatapan tiap-tiap hari.


Jiwaku bergoncang,

Bila kusebut namamu.

Mengapa TUHAN,

ENGKAU masih selamatkanku,

Member rasa syurga,

Sedang jiwa terbakar habis,

Oleh dosa tak pernah berhenti,

Tidak terhitung olehku,

Banyak dan besarnya derhaka.

Terima kasih TUHAN,

Masih sempat sujud buat-Mu.


Alhamdulillah Naz diberikan peluang untuk beli dan baca sendiri buku ni. Manfaatnya pada diri Naz memang sangat berbaloi. Untuk Umi Nazrah, memetik kata-kata Hadis riwayat at-Tarmizi dan Ibn Majah, "Setiap insan pasti melakukan kesilapan dan sebaik-baik manusia yang melakukan kesilapan ialah mereka yang sentiasa bertaubat'

Baca Selanjutnya - Cipta Syurga di Hati Sendiri.
Sabtu, Julai 24, 2010

Jom Cari Kerja Kosong!

Kompleks Rakan Muda2 Berduyun-duyun kereta berderet di luar Kompleks Rakan Muda di Baling hari ni. Dari lepas simpang nak masuk ke Billion Baling hinggalah ke perumahan berdekatan Kompleks tu. Baru teringat rupanya ada Penempatan Pekerjaan di situ hari ni. Bila Naz tengok berduyun-duyun orang tu, terdetik kat dalam hati rupanya ada ramai lagi orang yang memerlukan pekerjaan. Terus rasa bersyukur menyelinap kat dalam hati ni.


View Larger Map

Masa tu dok sengih juga fikir, kalaulah Naz jual air botol RM 2.00 tadi, mesti laku yang amat. Dengan tengahari panas terik, mesti ramai yang terliur tengok air botol yang Naz jual kat situ. Adeh!

Paling seronok tengok lelaki-lelaki berpakaian kemas kemeja lengan panjang. Kamu semua chomel!

Baca Selanjutnya - Jom Cari Kerja Kosong!
Khamis, Julai 22, 2010

Tak Sabar Nak Dengar Bunyi Lawan Meriam Kabat/Meriam Kabait!

Kalau musim puasa dan dekat-dekat nak raya, selalu orang pesan 'jangan main mercun'. Setuju tak? Tapi tu mercun. Takda pulak orang pesan ‘jangan main meriam kabat’ atau pun ‘jangan main meriam kabait’. Haha. Korang tau tak, inilah penyeri suasana kat kampung Naz masa malam. Sampaikan ada kampung yang berperang meriam kabat ni! Paling meriah mestilah 5 hari menjelang raya. Boleh pecah telinga rasanya.

View Kg Charok Kudung, Sik, Kedah in a larger map

Dah tu pulak, takdanya bebudak kat kampung ni nak main meriam buluh. Kalau rasa nak digelakkan oleh pemain-pemain bola sepak pihak lawan di kampung seberang, boleh la cuba main meriam buluh kat belakang rumah. Lepas tu pasukan kampung lain mesti akan berdesup-desup belasah bunyi meriam ni banyak kali. Tu tandanya ‘P balik lah. Tok sah dok main kalau takat meriam buluh’

Kalau sebelum ni pakcik-pakcik polis jarang nak melawat kampung, musim bulan puasa ni lah depa akan rajin melawat. Waktu malam pulak tu. Awat bukan siang hari? Sebab bebudak dan jugak bapak budak ni main meriam kabat ni di malam hari. Paling kesian mestilah kat jemaah Semayang Terawih. Naya sungguh kalau kena kat tok-tok yang dok melatah. Mesti lagi haru biru.

Kreatif jugak kan orang kampung ni. Dah guna carbide dalam meriam tu, depa pun sebutlah meriam kabat atau meriam karbait.

Gambar diambil di http://malaysianbikers.com.my/forum/

Update : Haha, tak sangka lak ada komen psl gambar rumah. Naz letak gambar tu untuk menerangkan mengenai kampung Naz ja. Perasan tak ada sungai. Jadi medan peperangan tu adalah kat area sungai tu lah. Ok, silap pin kan tempat. Adeh!
Baca Selanjutnya - Tak Sabar Nak Dengar Bunyi Lawan Meriam Kabat/Meriam Kabait!
Selasa, Julai 20, 2010

Seorang Emak Doakan Anak Kandungnya Sendiri Diculik Orang!

Itulah realiti yang berlaku kat depan mata Naz dan mak Naz sendiri. Semua orang tau doa seorang mak yang paling mujarab. Kebaikan yang dia doakan, kebaikan lah yang Allah S.W.T berikan kepada seorang anak. Tapi kalau dalam kes ni, seorang mak doakan anaknya diculik orang, apa lagi kesimpulan yang kita boleh buat? Tak ada sifat kasihkah seorang mak tu pada anak yang dikandungnya selama 9 bulan dengan susah payah?

budakcinaditinggalkan

Kisah ni terjadi masa Naz dan mak ada kat dalam Nagoya untuk menyelesaikan misi mencari kain pasang nak buat baju raya. Dalam dok sibuk-sibuk belek kain pasang sampai terkuntang bijik mata, ada lah sorang mak ni tak habis-habis dok marah kat anak kecik dia yang selalu dok kacau si mak nak memilih kain pasang. Budak kecik ni Naz rasa belajar kat Tadika berpandukan pada baju seragam dia tu. Dalam banyak-banyak bebelan si mak ni, terkeluarlah ayat yang lebih kurangnya macam ni

“Kalut sangat adik ni. Mama tinggal adik kat sini nanti biaq ada orang mai amek adik, culik adik. Padan muka.”

Naz tak berniat nak malukan si mak tapi sampai hati dia sanggup keluarkan ayat macam tu untuk anak dia sendiri. Mungkin dia ingat kalau anak dia kena culik, anak dia tu akan rasa bahagia. Bayangkan kalau anak dia diculik lepas tu badan dibedah dan organ dalaman semuanya dijual. Dia mau macam tu???

Gambar di ambil di http://syazhar.fotopages.com/.

Baca Selanjutnya - Seorang Emak Doakan Anak Kandungnya Sendiri Diculik Orang!