Begini rasanya gila meroyan.

Gila durian senang diselesaikan. Kalau gila meroyan? Percayalah gila meroyan amat menyeksakan. Bukan gila durian ye. Kalau gila durian tu, memang normal lah kan. Ni gila meroyan. Malah aku anggap si Kembar Aisya tu bukan anak-anak aku. Tertekan, murung, gangguan emosi tu jangan cakaplah. Tiap-tiap hari rasa menda tu kat dalam kotak fikiran ni. Mungkin sebab masa tu ngah hadas besar kan, jadi mudah la kot syaitan ni mencucuk-cucuk aku ja.

Apa tu Post Partum Psychosis (3P) a.k.a Gila Meroyan?

Kalau kat dalam kalangan masyarakat Melayu kita ni, gangguan makhluk halus la. Tapi sebenarnya daripada sudut perubatan, gila meroyan ni lebih kepada masalah tekanan perasaan, keletihan dan gangguang emosi. Penyakit ni boleh terjadi kepada semua wanita tak kira usia, latar belakang kehidupan dan kaum. Symptom paling ketara adalah pesakit akan selalu menangis, berasa keseorangan dan malu dengan masalah ni. Kalau nak tau, sesetengah wanita yang mengalami gila meroyan ni, dorang tak pernah mengalami sebarang perubahan mood sebelum hamil. Tapi kalau wanita tu mengalami masalah kemurungan sebelum hamil, kemungkinan mendapat gila meroyan selepas melahirkan agak tinggi. Antara faktor gila meroyan ni adalah masalah rumah tangga, kewangan atau tekanan kerja. Walaupun dulu macam pernah merasa gila meroyan, Alhamdulillah aku takda cederakan si Kembar Aisya padahal wanita yang berhadapan dengan penyakit ni cenderung untuk mencederakan bayi mereka. Cuma ada satu rahsia untuk elakkan perkara ni iaitu si ibu hanya akan terpanggil untuk mencederakan dirinya sendiri dan bukannya bayi ialah dengan memberi bayi sus badan.

Kalau nak tau, Wardina Saffiyah pun pernah alami 3P ni masa kelahiran anak keduanya. Kata Wardina, dia menjerit, menangis dan pernah untuk mencederakan diri sendiri. Menurut pengacara popular ni, kurangnya perhatian buat kita jadi murung. Kita memikirkan yang tiada siapa yang pedulikan kita.

Langkah pencegahan yang boleh diambil adalah suami dan ahli keluarga yang lain kena jugak beri perhatian pada si ibu. Sesetengah orang kan asyik memikirkan kebajikan bayi yang dilahirkan samapai mengabaikan perasaan dan keperluan si ibu.

Sebenarnya para ibu yang berpantang boleh mengambil langkah pencegahan awal dengan mendapatkan Set Berpantang Shaklee yang mengandungi Vitamin B Complex. Apakah fungsi Vitamin ni? Untuk maklumat lanjut boleh baca di sini

Ada cara ke nak cegah gila meroyan?


Sumber : Rapi 01 Jun 2011

21 comments:

  1. suami kena main peranan penting elak meroyan ni. kena banyak touch dan selalu bersembang

    ReplyDelete
    Replies
    1. touch tu pun kena hati jgk utk para suami ni, yala dh lama berpuasa kan, hehe :D

      Delete
  2. banyak pantang orang tua untuk elak meroyan ni...kelam kabut juga saya dibuat mak mertua dek kerana pantang larang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah betoi, kdg2 tak terlayan ngn pantang ni. tp semua tu utk kebaikan kita jgk :D

      Delete
  3. gila meroyan selalu orang perempuan hadapikan especially yg baru bersalin. mak kata sebab tekanan perasaan. hops dijauhkanlah.

    ReplyDelete
  4. Kalau isteri murung janganlah si suami diamkan kerana ia boeoh melarat lebih teruk lagi.

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan