Andai nyawaku dicabut setahun yang lepas..

Masih teringat sakit peritnya masa nak bersalinkan si kembar Aisya. Macam baru semalam ja peristiwa dalam labor room tu. Terasa cepat masa berlalu, sudah genap setahun si kembar Aisya pada 3 Dec 2011. Sikit pun tak sangka, masa boleh bergerak pantas. Patut la orang kata masa boleh mengubat luka, rupa-rupanya sebab masa akan pergi tanpa kita sedari langsung. Dah lani, si kembar Aisya dah boleh berjalan setapak lima tapak, dah boleh memanggil-manggil, dah boleh paham bila orang sebut pasal objek. Nikmatnya menjadi seorang ibu walaupun 8pagi – 6petang masa aku dihabiskan di tempat kerja but no regret, semua pengorbanan ini adalah demi dua orang anak.


Bersalinkan kembar, kaedah normal. Memang penuh labor room dibuatnya. Bila terkenangkan, dok pikir ja, kalau hari-hari biasa, tobat takmau dalam keadaan macam tu kat dalam bilik yang penuh ngan orang ramai camti. Ntah macam mana lah ramai lak staff nurse, jururawat pelatih, doktor pelatih yang masuk dalam labor room tu. Tapi bila kontraksi dah mai, otak tak pikiaq menda lain dah. Dok pikiaq ‘anak aku’ ‘allahuakbar’ ngan doa yang ada sorang Nabi dok dalam perut ikan tu (lupa lak lani, Ya Allah, teruk betoi perangai time senang sihat dah tak ingat). Macam mana tau yang labor room penuh ngan orang? Bila dah lepas bersalinkan si kembar Aisya, tengok anak-anak sat, pastu tengok sekeliling yang penuh ngan orang. Dah tu pengsan. Patutlah doktor malahan orang biasa kata, mengandungkan dan bersalinkan kembar ni parah sikit. Tu tak termasuk lagi tekanan darah yang tinggi lepas discharge daripada labor room. Nyawa ibu bila bersalin ibarat nyawa dihujung tanduk, aku amat bersetuju ngan pernyataan tu. Kalau lah nyawaku dicabut setahun yang lepas masa bersalin ni, ibaratnya aku mati syahid lah. Syukur alhamdulillah dipanjangkan umur. Tak sanggup rasanya nak meninggalkan anak-anak amanah Allah yang dua orang ni. Sesungguhnya anak adalah harta ibu bapa di dunia dan di akhirat

6 comments:

  1. hai nazra,
    congratulation dapat anak kembar.. syukur pada Tuhan anak sihat. comel anak kembar awak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. alhamdulillah syukur. bertarung dengan maut jugak tu :)

      Delete
  2. hurm..memang sepatutnya seorang ibu dihormati kerana bergadai nyawa untuk mengeluarkan kita ke muka bumi ni...

    ReplyDelete
  3. baby kembar? seronoknya.. dah setahun eh, mesti lagi best camtu.. comey, geram tengok :)

    ReplyDelete
  4. Dah setahun pun berlalu. Tp masih segar di ingatan kan? Hepi bday twins!

    ReplyDelete
  5. seronok dapat anak kembar, sakit lebih tapi nikmatnya pun lebih. hehehe.

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan