Showing posts with label Isu. Show all posts
Showing posts with label Isu. Show all posts

Jom Cari Kerja Kosong!

Kompleks Rakan Muda2 Berduyun-duyun kereta berderet di luar Kompleks Rakan Muda di Baling hari ni. Dari lepas simpang nak masuk ke Billion Baling hinggalah ke perumahan berdekatan Kompleks tu. Baru teringat rupanya ada Penempatan Pekerjaan di situ hari ni. Bila Naz tengok berduyun-duyun orang tu, terdetik kat dalam hati rupanya ada ramai lagi orang yang memerlukan pekerjaan. Terus rasa bersyukur menyelinap kat dalam hati ni.


View Larger Map

Masa tu dok sengih juga fikir, kalaulah Naz jual air botol RM 2.00 tadi, mesti laku yang amat. Dengan tengahari panas terik, mesti ramai yang terliur tengok air botol yang Naz jual kat situ. Adeh!

Paling seronok tengok lelaki-lelaki berpakaian kemas kemeja lengan panjang. Kamu semua chomel!

Continue Reading

Tak Sabar Nak Dengar Bunyi Lawan Meriam Kabat/Meriam Kabait!

Kalau musim puasa dan dekat-dekat nak raya, selalu orang pesan 'jangan main mercun'. Setuju tak? Tapi tu mercun. Takda pulak orang pesan ‘jangan main meriam kabat’ atau pun ‘jangan main meriam kabait’. Haha. Korang tau tak, inilah penyeri suasana kat kampung Naz masa malam. Sampaikan ada kampung yang berperang meriam kabat ni! Paling meriah mestilah 5 hari menjelang raya. Boleh pecah telinga rasanya.

View Kg Charok Kudung, Sik, Kedah in a larger map

Dah tu pulak, takdanya bebudak kat kampung ni nak main meriam buluh. Kalau rasa nak digelakkan oleh pemain-pemain bola sepak pihak lawan di kampung seberang, boleh la cuba main meriam buluh kat belakang rumah. Lepas tu pasukan kampung lain mesti akan berdesup-desup belasah bunyi meriam ni banyak kali. Tu tandanya ‘P balik lah. Tok sah dok main kalau takat meriam buluh’

Kalau sebelum ni pakcik-pakcik polis jarang nak melawat kampung, musim bulan puasa ni lah depa akan rajin melawat. Waktu malam pulak tu. Awat bukan siang hari? Sebab bebudak dan jugak bapak budak ni main meriam kabat ni di malam hari. Paling kesian mestilah kat jemaah Semayang Terawih. Naya sungguh kalau kena kat tok-tok yang dok melatah. Mesti lagi haru biru.

Kreatif jugak kan orang kampung ni. Dah guna carbide dalam meriam tu, depa pun sebutlah meriam kabat atau meriam karbait.

Gambar diambil di http://malaysianbikers.com.my/forum/

Update : Haha, tak sangka lak ada komen psl gambar rumah. Naz letak gambar tu untuk menerangkan mengenai kampung Naz ja. Perasan tak ada sungai. Jadi medan peperangan tu adalah kat area sungai tu lah. Ok, silap pin kan tempat. Adeh!
Continue Reading

Seorang Emak Doakan Anak Kandungnya Sendiri Diculik Orang!

Itulah realiti yang berlaku kat depan mata Naz dan mak Naz sendiri. Semua orang tau doa seorang mak yang paling mujarab. Kebaikan yang dia doakan, kebaikan lah yang Allah S.W.T berikan kepada seorang anak. Tapi kalau dalam kes ni, seorang mak doakan anaknya diculik orang, apa lagi kesimpulan yang kita boleh buat? Tak ada sifat kasihkah seorang mak tu pada anak yang dikandungnya selama 9 bulan dengan susah payah?

budakcinaditinggalkan

Kisah ni terjadi masa Naz dan mak ada kat dalam Nagoya untuk menyelesaikan misi mencari kain pasang nak buat baju raya. Dalam dok sibuk-sibuk belek kain pasang sampai terkuntang bijik mata, ada lah sorang mak ni tak habis-habis dok marah kat anak kecik dia yang selalu dok kacau si mak nak memilih kain pasang. Budak kecik ni Naz rasa belajar kat Tadika berpandukan pada baju seragam dia tu. Dalam banyak-banyak bebelan si mak ni, terkeluarlah ayat yang lebih kurangnya macam ni

“Kalut sangat adik ni. Mama tinggal adik kat sini nanti biaq ada orang mai amek adik, culik adik. Padan muka.”

Naz tak berniat nak malukan si mak tapi sampai hati dia sanggup keluarkan ayat macam tu untuk anak dia sendiri. Mungkin dia ingat kalau anak dia kena culik, anak dia tu akan rasa bahagia. Bayangkan kalau anak dia diculik lepas tu badan dibedah dan organ dalaman semuanya dijual. Dia mau macam tu???

Gambar di ambil di http://syazhar.fotopages.com/.

Continue Reading

Blogger Pandai vs Blogger Bijak

Menurut Dr. Azhar Hj Sarip, Perunding Emosi Spiritual N.L.P Training,
Orang pandai sebenarnya belum tentu bijak manakala orang bijak boleh menjadi orang pandai. Orang pandai akan membaca buku dengan rajin dan akan menjawab soalan peperiksaan dengan baik asalkan soalan yang diberikan itu menuju terus kepada apa yang mereka baca manakala orang bijak pula menjawab soalan mengikut kefahaman mereka dan bukan mengikut ayat buku. Orang bijak adalah orang yang tidak tahu akan kemahiran diri lalu dia menggunakan sepenuhnya kemahiran yang diberi oleh Allah S.W.T untuk menjalani kehidupan. Orang yang bijak terus menerus mencari kemahiran diri tetapi orang yang pandai hanya tahu berdiam diri kerana bagi mereka ilmu mereka sudah tinggi tidak terperi lalu duduklah mereka dalam zon yang selesa.
Anda semua dah jelas antara perbezaan orang bijak dan orang pandai? Atau masih pening pada istilah orang pandai dan orang bijak? Sila baca dengan perlahan-lahan sebab Naz tau anda semua akan pening (Naz dulu pun pening jugak pertama kali baca, hehe)
Oleh sebab Naz blogger (walaupun kadang-kadang keliru pada istilah blogger), awak blogger, dia dan dia blogger, jom kita bicara isu ini dalam konteks blogger. Blogger pandai dan blogger bijak. Bilangan blogger semakin ramai. Kerana apa? Kerana blogger percaya, dengan berblog nilai populariti diri meningkat, nilai mempunyai blog boleh dihebah-hebahkan, nilai duit di atas talian akan masuk dalam saku. Tetapi ada blogger yang kemudiannya rasa berblog tidak menguntungkan. Entri yang dipostkannya tak diterima oleh orang. Mana mungkin orang nak memberi komen/pendapat/kritikan kalau entrinya adalah daripada forwarded e-mail. (Naz bercakap begini atas pengalaman sendiri, Naz pernah buat dulu, jujurnya…serius)
blog board Kita tengok Irfan Khairi dapat duit dengan bisnes internet, kita nak buat jugak. Kalau tak diklon sebijik-sebijak, kita klon samar-samar. Pelik kan? Padahal minat dan kemahiran kita tak sama. Emak Naz si tukang jahit, tapi Naz sebagai anaknya yang dulu 24jam duduk sebumbung belum tentu mampu menjahit dan menyiapkan sepasang kurung biru. Kerana apa? Kerana Naz tak punya minat dan kemahiran untuk menjahit. Minat dan kemahiran Naz ke arah lain.
Jadi para blogger, marilah kita melihat kemahiran diri dan tahu teknik untuk mengupas perjalanan kemahiran kita agar kita bergelar blogger bijak pandai. Mungkin kita tak bijak tapi apabila kita sudi belajar mengenali diri sendiri, kita sudah selangkah ke alam misteri menjadi pandai. (Sebenarnya semua orang dah dilahirkan pandai. Setuju?)
Pada Naz, blogger bijak adalah blogger yang menulis dan membuat entri yang peka pada isu semasa dan keywords manakala blogger pandai adalah blogger yang tau menulis. Tu pandangan Naz. Pandangan anda semua? Kalau ada, jangan lah segan untuk dikongsikan!
Continue Reading

Mentor 4 Tertinggal Seorang Mentor!

Ye betoi tu. Mentor 4 ni sebenarnya tertinggal seorang lagi Mentor yang berbakat besar untuk digilap. Bukan setakat Protege ja yang berbakat besar. Mentor ni pun sama jugak. Pihak TV3 rugi besar tak menyedari mengenai sorang Mentor ni.
mohdWinnerNaz dapat tau mengenai ni pun sebab semalam tengok lintas langsung video yang didownload dari http://www.tv3.com.my/mentor4/. Dah lama Mentor 4 akhir tapi baru semalam dapat download videonya. Terlupa nak download minggu lepas! Sebelum tu ucapan tahniah mestilah diucapkan kepada Mohd Izwan Mohd Nor, anak didikan Ziana Zain.

Okay, berbalik semula pada sorang Mentor tu. Korang nak tau siapa? Check it out, babeh! Tengok lah akak baju kuning kat belakang Ziana tu. Haha, dia memang layan habis! Buat akak ni, jangan marah ye! Akak memang sporting habis lah layan lagu Maria Mariana kat belakang Ziana Zain. Hehe. Penuh penghayatan gitu. Dressing pun sebijik macam Ziana Zain. Cayalah.

perasan Ziana Zain Mentor

Teringat nak buat entri ni lepas baca entri kat http://kulanzsalleh.com/mohd-juara-mentor-tv3-musim-ke-4/
Continue Reading

Rasanya Rakyat Malaysia Lebih Ramai Ulat Bulu Daripada Ulat Buku, Kan?

Setelah lama tak membaca majalah Mingguan Wanita, 2 malam lepas saya pinjam 12 buah majalah daripada makcik tuan punya rumah sewa. Agak janggal untuk kembali membaca majalah ini setelah lama saya tinggalkan. Dulu masa belajar kat UTHM, tiap-tiap minggu saya beli majalah ni dan ruangan yang saya paling suka semuanya mengenai motivasi diri terutamanya ruangan Dr. HM Tuah Iskandar. Sayang jugak memikirkan majalah ni yang bertimbun-timbun saya tinggalkan saja di pangsapuri dulu. Sedih mengenangkan ruangan motivasi yang berlambak-lambak ada untuk manfaat diri dan jiwa saya.

Tapi malam ni (malam entri ni ditulis tangan 15hb Jun), minda kembali meneroka diri. Betapa pentingnya membaca bahan ilmiah setelah lama nya saya tinggalkan minda tak terisi dengan motivasi. Dalam merenungi majalah Mingguan Wanita tu saya tertarik dengan ayat yang Dr. HM Tuah keluarkan iaitu peristiwa yang dialaminya di Pesta Buku Antarabangsa KL 2010 di PWTC. Menurut beliau, sekumpulan warga asing datang membeli buku beliau, meminta autograf dan mahu bergambar dengan beliau.

Mereka ini tentunya buruh kasar tetapi datang ke pesta buku serta dapat mengenali diri saya bermakna mereka juga adalah golongan yang gemar membaca meskipun hanya bekerja sebagai buruh kasar. Kehadiran mereka sesungguhnya membeduk kita semua. Kita yang selalu memandang rendah pada golongan ini sebenarnya jauh ketinggalan sebab kita tidak pernah dekat dengan buku, apalagi membeli dan membacanya meskipun mereka hanya sekadar buruh.

Pada saya sendiri, rasanya majalah ilmiah dan intelek jarang sangat untuk diterima dengan ‘mesranya’ oleh rakyat Malaysia. Lihat saja jumlah buku yang dibaca oleh rakyat kita.

Jika statistik pada 1997 menunjukkan rakyat hanya membaca satu muka surat buku dalam setahun, ia hanya 'meningkat' kepada dua muka surat pada 2002. Walaupun statistik terbaru belum dilakukan, namun profil kajian terdahulu itu masih relevan dengan situasi hari ini. Siasatan Unit Khas Utusan Malaysia juga mengesahkan kajian profil membaca di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada 2005 bahawa rakyat Malaysia hanya membaca dua naskhah buku sepanjang tahun.

Rata-rata rakyat kita lebih suka untuk membeli majalah hiburan omongan artis padahal untungnya tak ke mana. Saya paling setuju kalau dikatakan majalah hiburan tak lain dan tak bukan telah menerapkan hukum wajib adanya adegan isu lurah dendam bukit yang ketara pada gambar artis. Oh lupa! Namanya pun sudah majalah hiburan omongan artis. Mungkin itu sebabnya lelaki lebih ke arah ulat bulu berbanding menjadi ulat buku? Susah juga ya ingin mencipta minda kelas pertama walaupun teknologi di Malaysia sudah hampir ke taraf negara kelas pertama.

Perancangannya nak menghadiahkan diri sebuah buku motivasi karya terbaru Dr. HM Tuah iaitu ‘Cipta Syurga Hati’ tapi sayangnya buku tu tak ada kat Popular Sg Petani. Tapi gembira dapat beli novel karya Ramlee Awang Murshid ‘9 Nyawa’ dan sebuah teen novel PTS bertajuk ‘Karipap Karipap Cinta’.

majalah

Continue Reading

Cinta itu Kopi..

Cinta itu macam kopi. Hitam pekat. Tiada daya penarik tapi sekali kau sedut bau kopi itu, kau akan merayu untuk menghirupnya walaupun seteguk.

Cinta itu macam kopi. Kau ingat pahit pada warna hitamnya tapi sekali kau hirup kopi itu, kau akan ketagih kalau tak kena kopi sehari.

Cinta itu macam kopi. Waktu kau hirup kopi di tengah hari panas, kau akan rasa membaranya lidah. Tapi waktu kau hirup kopi di hari sejuk tatkala hujan, kau rasa hati berbunga gembira.

Cinta itu macam kopi. Amat susah nak membuat serbuk kopi. Cuma senang kalau kau ke kedai kopi mintak ‘Kopi O Satu’ dan si tukang kedai jawab ‘Siap’.

Cinta itu macam kopi. Kau tahu kopi membuatkan kau tak tidur malam, berjaga sampai mata kau sembab tapi kalau kau tak minum kopi, kau boleh gila.

Cinta itu kopi.

Cuma kopi tak dapat nak menggantikan cinta. Tapi cinta boleh menggantikan kopi.

Continue Reading

Penting ke beli baju dalam mahal-mahal?

Saya yakin isu ini akan jadi hangat macam isu yang saya pernah buat dulu iaitu isu Cara untuk memantapkan aset wanita korang yang mana respons melambung kat YM aku pasal aset wanita yang mantap tapi tak kisah lah.

Saya tetap nak kasi pendapat aku. Ada sesetengah orang yang saya jumpa suka member komen bahawa mereka memang tak boleh kalau membeli baju dalam yang murah-murah. Saya rasa yang murah-murah pun tak ada ruginya. Ada yang harga murah tapi tahan lama. Saya tak kisah kalau barang tu dibeli di Longwan asalkan alah membeli, menang memakai. Jangan beli yang produk elektrik Made In China, udah lah.

Saya rasa perempuan (bukan rasa, dah memang betoi) suka barangan yang mahal-mahal tapi untuk baju dalam ni, tak semestinya beli yang mahal. Kalau beli yang mahal-mahal pun kena curi, apa kejadah. Ye tak. Insiden ni memang menyakitkan hati. Tu sebab saya rasa tak payah la korang (perempuan lah) beli yang mahal-mahal. Kalau kena curi, duit melayang. Sakit hati alang kepayang.

Daripada beli baju dalam yang harga sampai RM 49.90, lebih baik beli beg tangan……

Megan_Fox

Tak tau nak letak gambar apa, Megan Fox jadi mangsa. Semua lelaki suka kat Megan Fox kan. Inilah gambar yang sopan, saya rasa...

Continue Reading

Bukan Cerita Kedai Kopi...

Eh tidak. Ini bukan lagu Cerita Kedai Kopi oleh Encik Altimet

Sila klik Play bagi sesiapa yang belum tau mengenai lagu Encik Altimet ini. Rasanya semua orang dah tau..



Entri saya juga bukan pasal melepak di kedai kopi karya Mohd Hafizuddin.

Tapi entri saya kali ini adalah mengenai cara-cara nak buat kopi kampung. Nak tau? Macam ni lah cara-caranya.


1 : Pada mana-mana yang tak kenal biji kopi, sila lihat dengan menggunakan kanta pembesar. Itu biji kopi kampung. Asli gitu..hehe

2 : Kopi mestilah dibasuh dengan air bersih dan dikeringkan sebelum digoreng.

3 : Ni orang Kedah panggil "tungku tiga" yang kegunaannya nanti untuk menggoreng biji kopi.

4 : Campaklah biji kopi kat dalam belanga besar. Goreng sampai kering air.....

5 : Masukkan gula kasar mengikut sukatan biji kopi. 100gram biji kopi, 100gram gula kasar.

6 : Masukkan gula merah. 100gram biji kopi, 50gram gula merah.

7 : Goreng sampai biji kopi nampak macam melekat-lekat cantum dengan gula.

8. Ini lah hasilnya. Lepas ni kena p bawak ke kedai, mesin sampai jadi halus dan hancur. Baru boleh diminum. Kopi kampung asli..hehe..
*Susahnya nak buat tutorial makanan macam ni......Terima kasih kepada Pn. Siti Aminah merangkap emak saya ^___^

Mangai...takda gambar yang kluar...
Continue Reading

Mari suka kan kerja memasing..

Memetik petikan akhbar Harian Metro hari ni.
KUALA LUMPUR: Sama ada guru mahupun pelajar, kedua-duanya harus belajar cara mengawal emosi sekiranya tidak mahu sekolah dicemari insiden pergaduhan sekali gus dilihat sebagai institusi membenarkan keganasan berlaku.
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, insiden pelajar menumbuk muka guru bertubi-tubi seharusnya menjadi iktibar kepada semua pihak.
Katanya, kes pukul memukul membabitkan dua pihak terbabit yang dipaparkan media wajar diberi perhatian berikutan dikhuatiri makin bertambah gara-gara kegagalan pihak sekolah menangani soal disiplin. “Kita hampa apabila perkara ini berlaku dan pelajar seharusnya sedar bahawa perlakuan memukul guru serta memaki golongan yang banyak memberi bimbingan tidak elok, apatah lagi tindakan berkenaan memperlihatkan sikap kurang ajar.
“Dalam masa sama, guru perlu bijak menangani keadaan menggunakan pendekatan berhemah (ketika melayan pelajar bermasalah), jangan cuba bangkitkan ketidakpuasan hati,” katanya.


Pada saya, bukan setakat satu pihak ja kena menjaga emosi, semua pihak kena terlibat. Macam perjalanan kerja saya sekarang ni, kadang-kadang tiap-tiap hari kena meninggi suara. Ada yang bagi kerjasama, ada yang tidak. Yang kecik atau yang besar semuanya sama saja. Umur tak ada yang beza. Mentang-mentang saya berkhidmat untuk rakyat (macam ahli wakil rakyat @ Parlimen sudah).

Saya cuma nak lancarkan perjalanan kerja saya dan juga penggunaan internet & PC oleh pengguna khususnya kanak-kanak dan remaja tapi bila kena meninggi suara selepas MENEGUR YANG SALAH tak diterima, siapa yang tak rasa tension kan?

Rasa macam malas nak menegur tapi tak tegur karang, lain pulak jadinya. Tegur karang, rasa macam tegas sangat. Alahai..

Gambar di bawah untuk memotivasikan diri saya........................

Continue Reading

Pakcik Makcik aku dan Match Maker Mereka

Semalam waktu aku sedang seronok bergembira menjadi pasukan sorak untuk perlawanan bowling tak rasmi di kalangan staff pejabat ni, aku dikejutkan dengan satu panggilan. Aku ingatkan investor untuk projek rumah burung walet tapi rupa-rupanya salah seorang daripada insan yang di-match-making-kan oleh pakcik makcik aku. Daripada percakapan yang sopan, aku dah jadi macam budak serius nak ambil final exam ja muka dan suara aku. Inilah satu-satunya penyebab yang kadang-kadang aku tak suka sangat kat pakcik dan makcik aku. Pekerjaan masa lapang diaorang - match maker. Padahal zaman diaorang dulu, takda pulak mak bapak atau pun mak bapak sedara diaorang jadi match maker diaorang. Memasing aku dengar cari cinta sendiri. Ni sebaliknya kat aku, rajin pulak kaum kerabat aku ni nak jadi match maker. Entah dapat komisen ke apa kejadah bila diaorang buat aktiviti ni..

Aku tau niat diaorang tu suci murni mengalahkan minyak masak yang ditapis dengan 3kali penapisan tu tapi janganlah sesuka hati kasi nombor telefon aku kat mana-mana lelaki yang diorang berkenan. Aku yang menjawab ni sakit jiwa. Dengan nak membaca SMS lagi. Lama-lama psycho aku di umur muda...Susah sangat ke nak kasi aku mencari cinta untuk diri aku sendiri..

Pic : http://s203.photobucket.com/home/papagavin dan http://amirez.com/go/maskahwin.php

Aku tak suka update blog cepat-cepat. Hilang keindahan mood. Tapi kali ni terpaksa sebab PA kepada Pengarah (yang menjadi boss aku) keluar rehat untuk sementara....

Continue Reading

Enter PMS zone with your own risk.

Sepatutnya isu ni dibangkitkan pada hari Isnin lepas tapi disebabkan jarang sangat nak dapat peluang menaip, entri ni tertunggak la jadinya. Isu PMS memang tak pernah habis kalau nak dibagitau. Moody yang sangat tiba-tiba. Malas yang menjangkaui suhu melampau. Aduh. Entah apa-apa ja rasanya. Aku kadang-kadang pening dengan perubahaan mood waktu zone PMS.

Tak ada apa lagi yang mampu dicurahkan, siapa mahu layan lagu, sila play di bawah ini.

Pic : http://zeropointperspective.wordpress.com/

Continue Reading

Aku pilih sembelit daripada putus cinta.

Mungkin dulu korang pernah baca mengenai Cinta vs Sambal Belacan. Mana-mana yang belum pernah baca entri tu, sila la sudi membacanya. Huhu. Ini bukan sambungan entri Cinta vs Sambal Belacan tu tapi mungkin susur galur entri ni ada kaitan kot. Ya, aku pilih sembelit daripada putus cinta. Tau kenapa? Sebab sembelit hanya menyusahkan korang sekali sahaja. Mungkin berkali-kali tapi kalau mengikut nama sembelit tu, maksudnya susah la korang nak buang air besar. Bila dah susah, kiranya tempoh kejadian sembelit tu nak berlaku ambil masa yang lama la. Jadi hanya sekali saja korang menangis sebab sakit sembelit kat dalam bilik air. Kalau putus cinta, mungkin korang akan menangis sekali yang teruk tapi rasanya lepas tu korang mungkin akan menangis lagi. Mana tau tetiba terkenang, mesti menangis. Terutamanya perempuan lah kan.

Sembelit boleh diubati sebab kulit korang akan heal dengan sendiri tapi hati yang invisible kat dalam badan korang tu, memang makan masa untuk diubati. Silap-silap haribulan tak boleh dengar lagu syahdu sikit atau pun dok sensorang ke, terus layan perasaan.

Korang kena lari-lari anak atau pun lari pecut bila nak sembelit tapi rasanya tu takda la seteruk dengan kejadian korang kena berlari menjauhi bekas kekasih korang. Karang ada pulak telenovela berlangsung secara siaran tak berbayar. Ye tak?

Sembelit ni sakitnya hanya melibatkan korang ja tapi putus cinta ni melibatkan dua hati jiwa perasaan jantung pankreas tau. Mana lagi susah. Lebih baik korang ja yang sakit sorang-sorang kan. Orang lain sakit demi korang, naya. Menyesal korang seumur hidup. Kesian hamba Allah tu....

Continue Reading

Korang single? Jangan la sedih-sedih...

Kebanyakan daripada kita mungkin ada yang pernah dengar pepatah 'Single itu rock' tapi aku tak pasti pulak betul atau tak. Yang aku pasti ada jugak kebaikan kalau korang single. Tak berteman lah katanya. Teman tapi mesra tu aku tak tau la termasuk ke tak. Aku pun tak tau apa standard status tu. Ingat tak ada ke kebaikan hidup single. Ada. Cuma kena selongkar lah sikit. Jangan diikutkan sangat hati dan perasaan korang yang mudah sayu bila tengok orang lain tu...Meh kita godek apa kebaikan yang ada....
  1. Korang tak payah nak risau bateri handset korang cepat habis. Jadi takda la nanti bateri asyik-asyik kong ja...
  2. Kredit korang pun dapat dijimatkan. Postpaid pun sikit ja nilainya..
  3. Korang tak payah nak belikan apa-apa untuk sesiapa. Jimat duit lagi..
  4. Paling best, korang dapat usha perempuan @ lelaki lain. Sapa yang nak marah kan. Melainkan yang korang usha tu dah berpunya, kang ada pihak ketiga ja lah yang nk perang pun.
  5. Bila-bila masa korang dapat balik kampung, bagi yang ada kampung dekat. Tak payah korang nak buat schedule bila minggu korang kena keluar dating, bila bulan korang nak balik kampung.
  6. Korang tak payah la nak kena buat report. Pukul 1 tengahari makan dengan siapa. Pukul 8 malam makan dengan siapa. Pukul 12 tengah malam lepak tengok bola. Selalunya lelaki yang rimas nak kasi report-report ni kan…
  7. Takda orang yang nak marah kalau korang tidur mati nak mampos tiap-tiap malam sampaikan tak reply SMS atau pun jawab call. Tak ke aman hidup macam tu..
  8. Tak payah penat-penat nak kena set alarm birthday atau pun sebarang anniversary kat dalam handset atau pun tampal-tampal kat kalendar. Aku yang perempuan pun tak suka sangat…
  9. Korang tak payah nak kena prepare ayat seumpama bajet negara kalau korang single. Siapa yang korang nak pujuk kan. Pujuk hati korang sendiri ja adalah..

Sila tambah kalau korang rasa ada yang patut ditambahkan...Sekian.

Continue Reading

Kalau dah namanya LELAKI.

MetaPreview-Cover-JPEG256x256 Apa itu lelaki? Jangan tanya aku sebab mesti korang tau siapakah lelaki. Kalau tak tau jugak, sila kira semula umur korang tu berapa. Takkan muda-muda dah nyanyuk kot. Ini kisah mengenai seorang lelaki yang yang dah kahwin tapi masih hidup macam muda remaja. Kesian kat bini dia. Padahal perkahwinan depa baru ja bulan Ogos yang lepas kot. Alahai...

kisah lelaki

Yang menjadi masalahnya adalah apabila aku yang menjadi mangsa. Walaupun setiap SMS yang aku terima tak aku layan tapi tu bukannya jalan penyelesaian yang terbaik. Pelik betol. Dah kahwin pun, masih nak menggatal. Memang lelaki.

Malas nak panjangkan entri. Rasa menyakitkan hati lak. Tapi rasa tak puas hati tu tetap ada. Kalau lah aku boleh imprint otak lelaki ni macam kat dalam cerita Dollhouse tu, aku nak kasi ja dia lupakan aku. Kasi dia dok ingat kat bini dia tu ja.....

Continue Reading

Alergik tahap jingga.

Korang ingat hujan di musim tengkujuh ja yang ada tahap jingga? Alergik ni pun ada jugak tau. Semalam sampai bengkak tangan, kaki dan belakang badan aku. Akhirnya aku ke klinik pakar kulit dan terbanglah RM 145.00 untuk cas 1 injection, 2 krim untuk sapu, 4 sarung ubat untuk dimakan siang dan malas serta satu buku sabun hijau. Itu boleh kira ok lagi la tapi bila masa dapat senarai makanan yang aku kena katakan 'Tak Nak', mau pengsan dibuatnya. Banyak pulak senarainya....

Nah silakan tengok senarai makanan yang aku kena pantang. Mau pengsan aku dibuatnya. Apa lagi la yang tinggal untuk aku makan. Nampak gaya kena makan roti ja lah...Mau kekurangan la segala vitamin, zat besi, iodin dan sebagainya kat dalam badan aku ni.

DSC01846 DSC01847

Tapi orait jugak, dapat kuruskan badan. Kira berbaloi jugak lah dapat alergik (errrr).

Continue Reading

Lelaki berpayung, Perempuan berbaju hujan

Dulu Eida pernah buat entri mengenai Lelaki berpayung ini diblognya. Aku tak kisah sangat bila lelaki gunakan payung. Normal la tu. Seperti mana sekarang dah ramai lelaki yang pakai t-shirt berwarna pink. Bagi aku, tu boleh diterima selagi warna pink yang dipakai tu adalah warna pink lembut. Sangat maskulin.

Ok, itu kisah lelaki dan payung. Macam mana pula dengan kisah perempuan dan baju hujan? Korang pernah tau yang ada sesetengah perempuan ni rela basah masa diaorang naik motosikal daripada diaorang kena pakai baju hujan? Jadi mana satu yang pelik?

Aku rasa heran jugak. Dah dicipta baju hujan untuk kesenangan bersama, sepatutnya gunakanlah. Memang la warna baju hujan yang kuning tu agak menarik perhatian ala-ala kostum DiGi tapi itu lebih baik daripada basah teruk. Takkan nak lepak lama-lama bawah jambatan.

Lain la kalau ada kereta, memang tak payah nak risau pasal basah-basah kena air hujan ni.

Continue Reading

Gadis bertudung putih.

Sesiapa tau lagu tajuk tu? Itulah lagu daripada kumpulan rock kapak dahulu kala. Kaitannya lagu tu dengan aku adalah apabila aku pernah dapat title ‘Gadis Bertudung Putih’ tu suatu masa yang dahulu. Aku akui kebanyakan gambar yang aku publish di laman sosial kebanyakannya adalah dengan memakai tudung berwarna putih. Aku bertambah-tambah sedar lagi bila dapat tweet ni 51st date tweet

Aku sebenarnya bukan tak ada tudung lain tapi mungkin disebabkan kebetulan, kebanyakan tudung yang aku pakai dan snap picture kebanyakannya berwarna putih. Kalau tak putih, mesti warna tudung tu hitam. Kalau warna lain tu, amatlah jarang…

tudung nazra

Aku pernah dapat lagu 'Gadis Bertudung Hitam' ni kat satu forum malah bukan setakat tu, aku pun pernah dikutuk sebab asyik-asyik gambar tudung yang sama kat forum tu. Hal ni dah lama berlaku. Tak silap aku tahun 2008 kot. Memang aku dah tak ingat dah tapi bila dapat tweet seperti di atas tu, buat aku teringat pada kes lama kat forum tu. Alahai. Isu warna tudung pun boleh wujud. Ye tak...

Bagi yang nak melayan lagu tu, sila dengar lagu tersebut seperti di bawah.

Continue Reading

Aku cuma suka kereta kau.

Mungkin korang ada perasan sesetengah lelaki ada modified kereta diaorang sampai dah jadi yang memang layak ditenung atau ditatap lama-lama. Aku suka jugak tengok, pandang, usha, tatap lama-lama sambil berangan kalau lah kereta tu jadi kereta aku, mesti best. Dah la cantik selepas dimodified, siapa yang tak nak pandang, tatap lama-lama. Lebih-lebih lagi kalau kereta pink kat atas tu.

Cuma lelaki ni satu yang aku paling tak suka adalah bila ada yang cepat perasan. Tau la kereta kau tu cantik, cun, lawa tapi jangan la perasan sangat bila dah orang pandang kereta kau tu lama-lama. Aduhai. Aku pun tak nak kasi kau perasan tapi dah kereta tu memang cantik, aku pandang la, hehe.

Tapi tak apa, aku paham. Kalau aku pun, mesti aku bangga gila bila orang pandang kereta aku lama-lama. Owh. Best ja rasa. Berbunga kembang seri pagi ja hati ni.

Tapi aku belum ada kereta lagi. Jadi tak dapat lagi la nak merenyam dengan kereta cantik....

Crying

Flickr Tags:
Continue Reading

It is 1980's. Again.

Pada sesiapa yang ada Twitter dan lahir pada tahun 1980, sama ada korang perasan dengan sengaja atau pun secara tak sengaja, ada trending topics #80skids yang telah diwujudkan oleh Josh Lim

 josh lim twitter

Naz perasan pasal trending topic #80skids tu pun pasal tweet itulah. Siapa lah tak ingat kat Tora. Memang tak boleh lupa. Kecik-kecik dulu selalu beli. Mainan pulak memacam style ada kt dalam kotak tu.

Ditambah lagi dengan tweet ini,

 oh tweet twitter

lagi la teringat kat zaman 1980. Zaman kegilaan Sailor Moon jugak tu.

Jadi lebih baik bagi korang yang belum ada akaun Twitter, cepat-cepat la sign up. Boleh la korang layang trending topics #80skids ni.

Tersangat lah banyak tweet yang boleh dibaca pasal kenangan zaman 1980-an.

zas ishak twitter superredpatek twitter
Continue Reading