Showing posts with label Membebel. Show all posts
Showing posts with label Membebel. Show all posts

F/28/married

Dah macam zaman IRC atau YM zaman dahulu kala pulak kan bila letak tajuk cenggitu. Ye saya lah itu, seperti tajuk yg di atas. Female (mungkin sebab ramai yang tak tau pasal blog nama rainazra, ada kot yang ingat lelaki. Mungkin tak ramai sebab kalau tengok gaya penulisan pun dah tau kan, hehe).

28 tahun (sebab ada yg kata saya umur 18, tak macam umur 28. Entah la, orang tulis. Saya baca je kat chat, hehe).

Married (sebab ramai yang anggap saya 18 jadi for sure lah dorang ingat saya tak married lagi, hehe). Dan umur 18 tahun tu wujud disebabkan oleh profile picture FB ni. Profile picture yang diambil selepas 3bulan selesai berpantang. Hehe


Continue Reading

Blogger Lama : Rasa Rindu Itu Menjelma Jua


Assalamualaikum.

Rasa lama sangat tak menulis entri kat blog ini. Blog ni pun dah lama ditinggalkan sunyi sepi tanpa penghuni, penuh habuk dan bersawang di sana-sini tanpa sepenuh perhatian daripada empunya diri. Apapun here I am, kembali untuk menggetarkan jari di sini. Kembali untuk mencatat sebarang pemikiran yang popup di minda fikiran ni.

Blog baru tumbuh bercambah macam akaun FB kan. Even budak sekolah darjah 4 pun dah ada FB. Tak mustahil dia pun ada blog. Blogger lama yang dulu aku aktif dok komen kat blog depa dah lama aku tak jenguk. Lama giler. Entri terakhir 16 Ogos 2010, kalau seorang baby lahir masa hari entri terakhir tu, ce kira berapa umur dia lani. Tsk.
Continue Reading