Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Mana cincin di jari manis mu?

Mereka merenung jari manisku.
Mana cincin di jaris manis mu?
Aku memandang jari manis yang satu itu.
Ya memang tiada cincin di jari manisku.
Kenapa tiada cincin di jari manismu?
Sudah nikah, harus ada cincin di jari manismu, kata mereka.

Memetik ayat daripada Hukum Memakai Cincin Perkawinan - Syaikh Abdul Aziz bin Baz & Syaikh Muhammad al-Utsaimin, maka apakah hubungannya cincin kawin ini dengan kasih sayang atau cinta kasih? Berapa banyak suami istri tanpa cincin kawin dan keduanya tetap di atas kekuatan kasih sayang dan cinta kasih, dan sebaliknya berapa banyak pasangan suami istri yang memakai cincin kawin sedangkan keduanya berada dalam kecelakaan dan kesusahan.


So orang berkata pada aku yang tak pakai cincin kat jari manis, yang pakai cincin pun boleh curang, jadi ada kau yang tak pakai cincin kawin, lagi la senang nak curang. Cenggitu ke? Oh please. Pompuan yang ada pakai cincin kat jari pun, buleh ja depa curang. Ada depa kisah ngan cincin di jari manis?

Kasih sayang bukan hanya pada cincin. Ianya adalah tanda yang seorang perempuan itu diikat secara rasminya dunia dan akhirat dirantai digelangi rindu oleh seorang lelaki bernama suami.
Continue Reading

Antara tepuk dada dan tepuk mata.

Saya nak menggunakan
tepuk mata, tanya hati
untuk menggantikan pepatah yang dah lama kita selalu dok dengar dan baca iaitu
tepuk dada, tanya selera.

Kenapa?

Ada orang pernah berkata kepada saya bahawa jauh di mata, dekat di hati.
Ada orang juga pernah berkata kepada saya bahawa jauh di mata, jauh di hati.

Kenapa?

Mungkin selera kita akan berubah-ubah. Mungkin juga kerana bila jauh di mata, kita dah tak nampak orang tu, kita nampak orang lain, jadi jauh lah orang tu daripada kita. Dekatlah orang lain di hati kita.

Mungkin.


Continue Reading

Cintah selepas kawen.

Memetik status seorang rakan di fb,
Rindunya zaman bercinta dulu.

Hantar sms, tak sampai seminit terus dapat reply.
Hehehehhehehe. Habis sepah, kan ada muncul sepah-tu. (Peribahasa asalnya, habis sepah, madu dibuang)
Erk?!

Dan bukan cinta lagi tapi dah jadi cintah, hehe.


Continue Reading

Cinta itu Kopi..

Cinta itu macam kopi. Hitam pekat. Tiada daya penarik tapi sekali kau sedut bau kopi itu, kau akan merayu untuk menghirupnya walaupun seteguk.

Cinta itu macam kopi. Kau ingat pahit pada warna hitamnya tapi sekali kau hirup kopi itu, kau akan ketagih kalau tak kena kopi sehari.

Cinta itu macam kopi. Waktu kau hirup kopi di tengah hari panas, kau akan rasa membaranya lidah. Tapi waktu kau hirup kopi di hari sejuk tatkala hujan, kau rasa hati berbunga gembira.

Cinta itu macam kopi. Amat susah nak membuat serbuk kopi. Cuma senang kalau kau ke kedai kopi mintak ‘Kopi O Satu’ dan si tukang kedai jawab ‘Siap’.

Cinta itu macam kopi. Kau tahu kopi membuatkan kau tak tidur malam, berjaga sampai mata kau sembab tapi kalau kau tak minum kopi, kau boleh gila.

Cinta itu kopi.

Cuma kopi tak dapat nak menggantikan cinta. Tapi cinta boleh menggantikan kopi.

Continue Reading