Hohohoho blog burung walet dah dihidupkan semula..sebelum ni semangat nak hidupkan blog ini agak pudar sebab sambutan yang diberikan amat tidak menggalakkan..
mungkin juga sebab aku ni yang malas nak update ni..
Tapi semenjak perasmian rumah burung walet & perhatian yang diberikan oleh rakyat Malaysia, dapat la juga hidupkan kembali blog ni..
Alhamdulillah selepas kali terakhir melawat tapak rumah burung di Sg Tengas kira-kira setahun yang lepas, pagi tadi pada pukul 10 pagi........
ada kesempatan p ke rumah burung walet lagi. Bangunan rumah burung memang sangat besar & suhu dalam rumah burung juga sejuk. Rasa macam kat gua. Caya lah..Tak yah p ke gua dah la..
Anak-anak burung pun dah ada yang menetas, sungguh comel. Burung dewasa hasil daripada proses penternakan pun dah ada yang terbang walaupun seekor saja tapi syukur dapat tengok dengan mata sendiri.


Si jurugambar belum balik lagi. Tak dapat la nak upload gambar yang diambil tadi.
Aku balik awal, tak tahan dengan suasana kat sana yang panas walaupun keadaan kat dalam rumah burung sejuk macam gua pun. Patut la pekerja kat tapak sana bila mai office ni bau masam mencuka. Hahaha..Rupa-rupanya........
