Bisnes MLM hanya pandai memanipulasi!


Multi Level Marketing (MLM) atau Pemasaran Berbilang Tingkat merupakan satu strategi pemasaran di mana pasukan jualan atau ejen dibayar komisyen atau bonus berdasarkan jualan mereka sendiri dan juga jualan ejen lain yang direkrut. Pasukan jualan yang direkrut ini biasanya dipanggil sebagai ‘downline’. Antara terma-terma lain yang digunakan untuk MLM ialah ‘network marketing’ dan ‘referral marketing’. - Majalah Niaga

Adakah bisnes MLM ni hanya pandai memanipulasi orang sahaja?

Apakah perbezaan manipulasi bisnes tersebut dengan MLM Shaklee? Shaklee juga adalah salah satu MLM yang terdapat di Malaysia merupakan sebuah syarikat nutrisi semulajadi No. 1 di Amerika Syarikat dan menjadi sejarah kebanggaan selama lebih 50 tahun sebagai peneraju dalam sejarah kesihatan dan isu-isu alam sekitar. Dr Forrest C SHAKLEE memulakan syarikat dengan komitmen terhadap produk bagi meningkatkan kesihatan tanpa mencemarkan alam sekitar dengan mengasaskan syarikatnya pada 1956. Kategori produk syarikatnya terdiri daripada suplemen, produk pembersihan rumah, udara dan air penuras serta produk kecantikan dan penjagaan kulit yang menggabungkan keaslian dan sains yang terbaik. Selama lebih 50 tahun, Shaklee telah menjadi pembekal terunggul dari segi mutu produk, nutrisi dan produk penjagaan peribadi yang tulen, produk keperluan rumah yang mesra alam dan sistem rawatan air serta udara yang terkini.


#1. Manipulasi pengasas syarikat MLM.

Syarikat MLM seperti ini menjadikan produk sebagai wayang sahaja. Harga produk diletak tinggi melampau, tidak sesuai dengan kos dan kelebihan produk tersebut. Contoh, harga sekotak kopi berkhasiat biasa-biasa diletak harga RM 150.

Syarikat seperti ini sebenarnya fokus kepada jual beli orang (head hunting), bukannya jual beli produk. Produk digunakan untuk mengaburi mata bakal pelanggan. Modus operandi sebenar disebalik tabir ialah ‘money game’.


Ini adalah berbeza dengan Shaklee di mana kami tidak mengamalkan head hunting. Tiada paksaan untuk sesiapa membuat sebarang pembelian yang mereka tidak perlukan. Jika individu ingin mendaftar sebagai ahli Shaklee hanya untuk mendapatkan harga ahli dan mengambil produk Shaklee untuk pengambilan peribadi dan keluarga, tiada paksaan untuk mereka menjalankan bisnes Shaklee. Sebaliknya mereka digalakkan untuk berkongsi kebaikan apa yang mereka dapat dengan mengambil produk Shaklee tersebut. Sharing is caring.


#2. Manipulasi leader MLM.

Walaupun ada syarikat MLM yang meletak harga sesuai dengan produk dan menjadikan kekuatan produk sebagai alat utama mereka untuk berkembang, tetapi terdapat segelintir leader yang ‘kreatif’ telah memanipulasi pelan pemasaran dengan cara mempengaruhi bakal ahli membeli secara pukal.

Pembelian pukal ini memudahkan mereka naik pangkat dan bonus bulan pertama mereka akan banyak. Keratan atau slip bonus itulah yang dijaja untuk mempengaruhi bakal ahli lain. Ada pembelian pukal berjumlah sehingga RM 30,000. Ada juga serendah RM 5000. Lazimnya, mereka mempengaruhi bakal-bakal ahli membuat pinjaman peribadi untuk melakukan pembelian ini.


Inilah salah satu punca kejatuhan Shaklee pada tahun 90-an dahulu. Leader/Upline meletakkan syarat setiap keahlian Shaklee haruslah dengan modal berharga berpuluh ribu ringgit sedangkan untuk menjadi ahli Shaklee hanya memerlukan RM 65 sahaja ( + postage memberkit RM 10). Ramai individu terdahulu membuat pinjaman bank sekurang-kurangnya RM 10,000 untuk membolehkan mereka 'membeli' jawatan Supervisor dan ini menyebabkan lambakan produk Shaklee di bawah katil tidur! Siapa yang tak stress kan? Padahal tiada kewajipan pun membeli dengan jumlah sebanyak itu. Hanya memerlukan semangat berpasukan bersama anak-anak/downline kita untuk membantu lebih ramai orang di luar sana menikmati kesihatan yang lebih baik dan semoga dengan kesihatan tersebut, ibadah kita kepada Tuhan akan lebih mudah serta lancar.



Terkini! Harga ahli Shaklee hanya untuk pengedar/ahli Shaklee sahaja. Jika anda bukan pengedar/ahli Shaklee, belian barang adalah dengan harga pasaran. Nak jimat semestinya dengan harga ahli. Selain menjimatkan wang, anda juga boleh mengumpul bonus cash yang akan dimasukkan ke dalam akaun bank setiap pertengahan bulan selepas anda mencapai tahap mata bonus yang telah ditetapkan oleh Shaklee. Jadi apa yang anda tunggu lagi?! Daftar sebagai ahli Shaklee sekarang!



Berminat? Untuk Info dan Order :

  Umi Nazrah
Pengedar Shaklee Malaysia
Shaklee Independent Distributor
COD di daerah Sik/daerah Baling/Kedah
Shaklee ID: 869539
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-432 0059
www.facebook.com/cantiksss
www.cantiksihatsemulajadi.com

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Continue Reading