Hilal : Maggi Cukup Rasa dan Knorr Pasti Sedap Pun Kalah!

Naz tak pasti sama ada korang perasan (kalau lelaki, mesti la tak perasan sebab ini bahan yang digunakan dalam masakan, hehe) atau tak, sebelum munculnya penambah perasa Maggi Cukup Rasa dan juga Knorr Pasti Sedap, ada satu penambah perasa yang dah lama melekat kat dalam belanga hati para wanita kat kampung-kampung ini iaitu Hilal. Penambah perasa ni yang naz tengok menggunakan lada sulah, bawang, garam dan sebagainya (dah lupa pulak nak ambil gambar kandungan si Hilal ni).
Photo 0296 Yang Naz tengok kat situ, Hilal ni buatan Malaysia. Tapi tak pasti pulak buatan Muslim atau tak. Cumanya Naz rasa lebih baik tak digunakan sangat penambah perasa kat dalam makanan. MSG terkenal dengan keraguannya di dalam memberikan penyakit kepada penggunanya.

Menurut Wikipedia Melayu,
Bagaimanapun, sebuah laporan yang ditempah oleh FDA pada tahun 1995 mengakui bahawa "sebahagian penduduk yang jumlahnya tidak diketahui mungkin boleh terjejas oleh MSG dan mengembangkan kompleks gejala MSG, suatu keadaan yang dicirikan oleh satu atau lebih gejala yang berikut:
  • kederiaan panas pada tengkuk, lengan, dan dada
  • kederiaan kebas pada tengkuk yang terpancar ke lengan dan bahagian belakang
  • kederian-kederiaan sesemut, panas, dan kelemahan pada muka, pelipis, bahagian belakang atas, leher, dan lengan
  • tekanan atau ketegangan otot muka
  • sakit dada
  • sakit kepala
  • rasa loya
  • denyutan jantung yang cepat
  • bronkospasma (kesulitan bernafas)
  • mengantuk
  • kelemahan."

0 Pemberi Komen:

Post a Comment

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan