- Mestilah air sirap! Tahun lepas tak ada rumah yang hidangkan air sirap. Semua hidangkan air oren Sunquick dengan air Ribena. Dah kaya orang-orang kita. Hehe. Air sirap dengan Raya memang sinonim..dulu-dulu lah. Zaman Naz bebudak dulu. Haha..
- Orang bagi duit Raya 2kupang(20 sen) dan 5kupang (50 sen)! Hehe. Memang takkan ada dah pun. Kalau bagi jugak, pasti rumah tu diboikot oleh bebudak dan dihebahkan kat dalam
twitterperbincangan bebudak tatkala berjumpa di tengah jalan. Pasti! - Orang gantung kad-kad raya! Mana ada kad raya yang digantung tu dalam kuantiti yang banyak. Kalau gantung pun mesti sikit. Itupun dicampur dengan kad raya yang zaman 90-an dulu-dulu. Sekarang ada jugak yang hantar kad raya guna khidmat pos tapi sikit lah sangat, Naz rasa. SMS is the Queen sekarang!
- Kuih-muih tradisional makin sikit! Kuih-muih sekarang didominasi oleh kuih-muih moden
dan diimportseperti Biskut Almond London. Haha. Kuih-muih tradisional macam bahulu, kuihgoyang Nabilloyang dan lain-lain tu jarang sangat bebudak nak makan. Makan sikit ja pastu terus tinggal. Membazir tau tak!! - Dah tak ada pelita kat depan rumah! Yang ada hanyalah lampu kelip-kelip. Tambah-tambah lagi sekarang musim hujan, rugi ja kan pasang pelita. Tapi kalau ada, best jugak sebenarnya. Terasa suasana raya.
Itu sahaja lah kot. Kalau ada sesiapa yang sudi nak tambah-tambah lagi, sila lah!
Gambar diambil di http://www.photomalaysia.com/
0 Pemberi Komen:
Post a Comment
1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan