Cinta itu Kopi..

Cinta itu macam kopi. Hitam pekat. Tiada daya penarik tapi sekali kau sedut bau kopi itu, kau akan merayu untuk menghirupnya walaupun seteguk.

Cinta itu macam kopi. Kau ingat pahit pada warna hitamnya tapi sekali kau hirup kopi itu, kau akan ketagih kalau tak kena kopi sehari.

Cinta itu macam kopi. Waktu kau hirup kopi di tengah hari panas, kau akan rasa membaranya lidah. Tapi waktu kau hirup kopi di hari sejuk tatkala hujan, kau rasa hati berbunga gembira.

Cinta itu macam kopi. Amat susah nak membuat serbuk kopi. Cuma senang kalau kau ke kedai kopi mintak ‘Kopi O Satu’ dan si tukang kedai jawab ‘Siap’.

Cinta itu macam kopi. Kau tahu kopi membuatkan kau tak tidur malam, berjaga sampai mata kau sembab tapi kalau kau tak minum kopi, kau boleh gila.

Cinta itu kopi.

Cuma kopi tak dapat nak menggantikan cinta. Tapi cinta boleh menggantikan kopi.

11 Pemberi Komen:

  1. Naz...kak tirana jarang minum kopi, orang yang ada migraine kena elak dari minum kopi..hehehe..tapi orang yang ada migraine, perlukah mengelak dari cinta?

    ReplyDelete
  2. cinta is love!!





    kopi is coffee!!

    ReplyDelete
  3. xsuka minum kopi...

    but my hubby is my coffee.. my lovey dovey~~

    ReplyDelete
  4. kalau bercinta sampai kahwin, ada la org tolong bancuhkan kopi!! hehe...

    ReplyDelete
  5. xsuke kopi patut laa xsuka cinta..alalal~~

    ReplyDelete
  6. kopi pahit...baik minom milo..hahaha

    ReplyDelete
  7. haha. kopi buat org ketagih. sme mcm cinta la. bley jadi gila okae ;D

    ReplyDelete
  8. kopi tak sedap! senyum gigi hitam.

    huhuuhuhuu....

    ReplyDelete
  9. org cakap ayam di baling tak minum kopi @ makan nasi..:-)

    ReplyDelete
  10. ayam di baling tak minum kopi @ makan nasi?




    pls explain.

    ReplyDelete
  11. haha besa lah. ayam bandaraya Baling. suma pakat dok kumpul kat bangunan kaler merah ada gmbar pakcik beruban tu. mana dan depa nk minum kopi, mkn nasi...

    *KFC*

    :P

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan