BELI JUADAH DI BAZAR RAMADHAN PENDEKKAN UMUR?

Kebanyakan daripada kita ni tidak paling tidak mesti akan beli juadah berbuka puasa di bazar Ramadhan kan sebab kat sini lah terdapatnya pelbagai jenis makanan yang menarik, berwarna warni yang semestinya menarik perhatian kita. Tapi tahu tak korang, kalau korang nak memanjangkan usia hidup tu, korang digalakkan untuk memasak sendiri masakan korang.

Penyelidikan yang dilakukan oleh Monash University, National Defense Medical Centre dan National Health Research Institutes, Taiwan, mendapati individu yang memakan makanan yang dimasak di rumah samada oleh diri sendiri atau ahli keluarga lebih panjang usianya berbanding dengan mereka yang membeli makanan di kedai. Berlangsung selama 10tahun, kajian itu mendapati usia individu boleh meningkat sehingga 47 peratus jika memakan makanan yang dimasak sendiri sebanyak lima kali seminggu. Ini kerana makanan yang dimasak sendiri lebih sihat dan tinggi kandungan gizinya sehingga mampu membantu memanjang usia.

Walaubagaimanapun dek kerana kejaran masa dan gaya hidup kita yang sibuk ni, kadang-kadang kita tak punya waktu untuk memasak di rumah kan. Apapun tak salah untuk sekali sekala memasak di rumah sebab masakan air tangan kita tu sebenarnya rahsia kesedapan masakan kita!

Tahu tak yang Ramadan adalah Peluang Terbaik Untuk Kuruskan Badan?

23 comments:

  1. betul tu..kalau makanan yang dimasak kat rumah lebih bersih dan terjamin khasiatnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. air tangan kita ni lagi menyedapkan makananan kan kak :D

      Delete
  2. 188bet: Best Online Sportsbook in India | ThTopBet
    18+ 188bet | Get in on the 제왕카지노 action with the best live 더킹카지노 betting odds from 188bet. Bet on most sports, including Football, Basketball, Darts, Trips & all other

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan