Anak kembar; susah tak nak jaga?

Kalau orang yang belum kawin, soalan popularnya adalah 'bila nak kawin kan'? Tapi aku yang ada anak kembar ni, soalan popularnya adalah 'susah tak nak jaga'? Dah banyak kali soalan tu ditanya oleh orang kat aku, malah kat mak aku pun (sebab mak mengasuh anak-anak bila encik suami kerja) orang tanya soalan tu. Buat kesekian kalinya, jawapannya adalah 'tak susah' sebabnya anak adalah anugerah Allah.

Tipu la kan kalau aku kata aku takda rasa tension ke apa masa jaga anak kembar ni. Memang ada, tak dinafikan. Bila pikir ngan lebih dalam-dalam, Allah tak akan bagi sesuatu yang aku takkan mampu untuk handle, untuk aku harungi. Dia tau aku mampu dengan anak kembar ni, jadi Dia bagi anugerah, tanggungjawab, ujian ini buat aku.

Semuanya double. Macam aku selalu kata kat orang, double the fun, double la penatnya. Hehehehe. Kalau tak mencabar, tu bukan tugas seorang ibu la :)

3 Pemberi Komen:

  1. Ada kembau jgk,,,mmg double semuanya,,,

    ReplyDelete
  2. salam nazra
    X susah la...

    Salam kenal dari tirana aduka.uik bro mario pun ada.hehehe

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan