alkisahnya perjalanan daku...

Maka nya selepas hari konvokesyen daku di Parit Raja, Batu Pahat, Johor, haruslah pula daku menaiki motosikal bersama peneman daku ke PWTC, Kuala Lumpur pula. Sungguh lah kasihan kepada kami berdua. Terlebih nya kepada si pemandu motosikal daku itu.
Apapun, kenangan di PWTC amatlah menggembirakan.

Inilah kucing kacukan yang paling garang di pameran kat PWTC kerana dirinya adalah kacukan dengan kucing liar. Sebab itulah mukanya memanglah serius merangkap garang.
Kucing ala pak belang ini pula adalah kucing yang terbesar syarikat nih ada dan kucing nih sangatlah manja. Saiznya memang lah besar, sudah berumur 2 tahun dan beratnya pun sangatlah juga berat.

Ini kucing yang paling malas nak bergerak kat dalam pameran tu. Asyik duduk dan berkelip-kelip sahaja sepasang mata beliau. Perasan comel la tuh dengan bulu bewarna oren, huh.

Sebelum ketibaanya para kucing-kucing kacukan tersebut ke booth, terpaksalah daku mengambil gambar dengan poster mereka sahaja. Pemalas betul kucing-kucing itu. Pukul 2 petang baru terhegeh-hegeh nak bangunkan diri sendiri, huhu.

Keadaan bangunan KLCC yang dirakamkan selepas Nazra & Park Rain menikmati makan malam di Jalan Raja Uda dan kembali meneruskan perjalanan kami mencari hotel yang sepatutnya daku dan para staf Aeroswift menginap iaitu Sucasa Corporate Apartment.

Yang ini adalah pula model rumah burung yang dipamerkan di Pameran Tekun di booth Aeroswift. Kesemua bahan-bahan model rumah ini diperbuat daripada bahan kitar semula. Tapi harga model ini sangatlah boleh tahan ribu-ribannya.

2 comments:

  1. Kucing yang besar mmg besar ker Nazra..Picture dia nampak kepala saja..

    ReplyDelete
  2. itu lah. bila amek gmbr ngn bdn pun, tak nmpk sangat ke-besar-an kucing itu.huhu

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan