Mengapa kita disogokkan dengan tanggapan bahawa kulit muka yang putih itu, secara automatiknya individu tersebut cantik? Apakah perkaitan antara putih dan cantik? Sekitar 50 tahun yang lalu, sepasang pengkaji iaitu Kenneth dan Mamie Clark melakukan satu kajian di Amerika, yang dikenali sebagai “The Doll Experiment”. Dalam kajian ini, mereka mendapati bahawa kanak-kanak kulit hitam lebih suka bermain dengan boneka berkulit putih, dengan alasan yang putih itu bersih dan baik, sementara yang berkulit gelap itu hina dan kotor. Kanak-kanak tersebut menyedari warna kulit mereka sendiri adalah gelap. Kennet dan Mamie membuat kesimpulan bahawa hasil kajian mereka sebagai bukti pengaruh rasisme dan stigmatisasi pada kanak-kanak. Pada masa ini rasisme dan pemisahan yang menempatkan masyarakat kulit hitam sebagai warganegara kelas dua di bawah kulit putih masih menjadi hal yang streotaip.
Khususnya bagi kaum perempuan, mereka beranggapan mereka selalu dipandang lebih menarik jika berkulit terang. Matahari menjadi musuh utama kebanyakan kaum perempuan, kerana bagi mereka tanpa tanpa perlindungan dari matahari, ianya dapat menggelapkan warna kulit mereka. Iklan2 produk kosmetik berasaskan pemutihan kulit seringkali diiklankan di kaca tv dengan maksud tersirat bahawa individu yang berkulit putih lebih cantik dan lebih berjaya.
Sebenarnya, kalau tidak berkulit putih pun, apa salahnya. Padahal sesetengah orang merasa rendah diri hanya kerana tidak berkulit putih. Tapi perempuan tetap merasa kurang menarik dengan kulit yang gelap. Mereka berpendapat, kalau berkulit gelap adalah sama seperti orang yang kerjanya di ladang, petani, berarti miskin. Apa salahnya andai menjadi petani? Pertanian sudah menjadi suatu industri.
Di Barat, orang kulit putih kelihatan teruja untuk mencoklatkan kulit di bawah sinar matahari yang mana di Timur menjadi musuh utama. Menurut mereka, warna kulit kecoklatan itulah yang menarik dari segi kecantikan, maka produk2 pencoklat kulit (tanning lotion) sangat laris di kalangan mereka. Praktikalnya, kenapa kulit putih lebih baik? Tidak ada kelebihannya sebenarnya. Kulit manusia mempunyai pigmen yang pelbagai.
Sebuah kajian yang dijalankan di University of Newcastle, UK menunjukkan terdapatnya hubungan antara evolusi dan kesukaan manusia pada warna-warna tertentu. Menurut pengkaji tersebut, kesukaan perempuan pada warna2 merah dan pink di sebabkan kerana sepanjang masa evolusi manusia, perempuan lebih banyak bekerja sebagai pengumpul makanan dan merawat keluarga, sehingga menyebabkan kesukaan atau perhatian mereka lebih pada warna2 merah yang dikaitkan pada warna2 buah yang matang dan wajah2 yang sihat. Sedangkan bagi lelaki, warna menjadi kurang penting, kerana sebagai pemburu mereka hanya perlu memperhatikan sesuatu yang gelap untuk ditembak. (Reader’s Digest Asia January 2008).
source : www.gagasmedia.com, obsesklik.blogspot.com
Adat la dik... yg putih nak jadi coklat n yg coklat nk jadi putih. Dah fitrah kejadian.. x penah puas hati ngan apa yg ada...
ReplyDeleteitu lah. bila kah perasaan nk puas ye...
ReplyDeleteputih x semestinya cantik...
ReplyDelete