Kuih Pas dan Puteri Umno

Selepas melabur bahan sisa toksik di tempat yang sepatutnya, maka keluarlah daku ke ruang tamu ofis ini. Dilihatnya seorang staf, Cik Din bersama-sama dengan muka ke-blur-an akibat kepenatan outstation ke Pantai Timur. Di sebelahnya pula, kelihatan sebungkus plastik yang agak besar, maka boleh lah dikira-kira muatan dalamnya juga besar, mengikut teori pengalaman sendiri lah autanya. Akhirnya, selepas berbasa-basi bercerita, terbukalah bungkusan yang agak besar tadi,dan hasilnya adalah makanan ini yang dibelikan oleh beliau kepada kami. Berkaler-kaler hijau dan pink yang manis dilihat itu yang dinamakan kuih beras yang tersangat lah manisnya. Oleh yang demikian, terduduklah kuih-kuih itu di situ akibat kemanisan diri mereka. Tiada yang kasihan kerana kami tidak berapa menggemari makanan manis seperti mana mungkin orang-orang Pantai Timur terutama Kelantan menyukainya. Apapun, penghargaan orang diterima sebaik mungkin. Terima kasih pada beliau yang memberikan kami hadiah kuih ini.
:girl_15:


0 Pemberi Komen:

Post a Comment

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan