Apa gunanya berumahtangga?



Kurang ajarkah soalan aku di atas?
Aku mula tertanya-tanya soalan itu bila aku mula nampak bahawa institusi perkahwinan/rumah tangga seolah-olah begitu rapuh sekali dikalangan pasangan suami isteri. Walaupun yang sudah bertahun-tahun berumah tangga.

Adakah kerana diri sendiri atau ada pihak ketiga?

........

Kenapa mereka kadang-kadang dengan mudah bermain kayu tiga? Baik isteri mahupun suami, bila mengetahui pasangan mereka curang atau mempunyai kekasih gelap maka mereka membuat keputusan bahawa mereka juga boleh. Masih laku di pasaran.

Tak bolehkah duduk berbincang mengenai apa saja masalah mereka. Ruginya pada satu ikatan perkahwinan yang suci dan murni apabila ego masing-masing melebihi segala.

Habis kenapa harus berumah tangga jika hanya ingin berseronok sahaja?

Ya Allah, berikanlah petunjuk kepada umat-Mu....

*Siaran langsung dari Karnival Jualan Mega, De'Rendezvous All Star, Perda, Pulau Pinang

18 comments:

  1. nak komen tpi, masih mentah lagi.. hmm..

    ~~apa yang awak ingin daripada berumah tangga? [nur kasih ep3 kot]

    ReplyDelete
  2. komen aku ye..:
    1. diaorg kawin pasal tgk org lain kawin..nampak cam best padahal bodoh yg amat pasal rumahtangga..

    2. dia org teringin nak jadi raja n permaisuri sehari..tak pe la kalau esok pagi leh cerai...

    3. pasal terpaksa

    4. pasal diaorg tak bersyukur

    5..6..7..8...1000000 : diaorg BODO!!

    ReplyDelete
  3. @Nazra:
    Marriage is still a very good institution and by marrying you're actually following the sunnah of our beloved prophet PBUH. So do not, i repeat, do not get discouraged by the so many stories that you hear about failed marriages. It takes two to tango. There are many people who goes into a marriage without any preparation at all. Many are attracted towards marriage due the physical attractions only. There are more than just the physical aspects only in marriages. If you're looking at the physical aspects only then the so-called sweetness in such marriages may probably last six months. It's quite difficult to describe what you'll get in a good marriage. You'll have to be married & stay married in order to know what's the full benefit of getting married. Our prophet certainly didn't tell a lie when he suggested that we should all get married. I hope you'll get married soon, i mean, very soon my friend!

    ReplyDelete
  4. mmg mudah untuk berkahwin.. tapi tak mudah untuk mempertahankannya.. Mudah2an kiter n awk dpt jodoh yg berpanjangan n hidup bahagia hingga akhir hayat.. Amin... :)

    ReplyDelete
  5. susah nak ckp sbb wan sendiri tak kawen lagi..huhu

    ReplyDelete
  6. kurang IMAN dan ILMU ditambah NAFSU serakah....tak dapat taufik hidayah. Kesian lah mereka2 yang pentingkan DUNIA yg sementara.

    ReplyDelete
  7. sempat blog tuh! free nya dier kat expo...

    ReplyDelete
  8. robohnya rumahtangga mungkin kerana asas ketika mendirikannya tidak kukuh..mungkin "batu batanya" tak berkualiti kot huhuhu

    ReplyDelete
  9. bilelah atok nk kawen neyhhhhh.
    waha ;P

    ReplyDelete
  10. ramai lupa, bahawa perkahwinan perlukan keberkatan,nak dapat keberkatan kena ikut syariaat, bermula dari niatnya, tatacara dan upacaranya sehinggalah kepada kenduri kendara dan yang selepasnya.Elakkan riya, takbur, syirik, bidaah, membazir dan maksiat dalam perkahwinan.InsyaAllah akan berkekalan dan mendapat keberkatan.Allahuaqlam...

    ReplyDelete
  11. mungkin asasnya tidak begitu kuat...

    seperti membina rumah jugak..jika pembinaan nye secara remeh temeh...tanpa bancuhan simen yg berkualiti, batu bata tak sekata....maka sekejap shaja rumah itu boleh roboh...

    ReplyDelete
  12. @nazra - alhamdulillah aku tak. aminnnnnn...

    ReplyDelete
  13. Sebelum berumahtangga kena buat persediaan dari segi mental, emosi, rohani, fizikal dan meterial kerana alam rumahtangga bukannya cerah sentiasa

    ReplyDelete
  14. yup, saya setuju dengan tirana..saya rasa bukan sahaja perempuan yang perlu bersedia..tapi lelaki pun perlu juga..

    ReplyDelete
  15. Banyak gunanya berumahtangga. Jangan duk lihat yang cerai berai kahwin tak sampai seminggu. Lihat juga yg dah berpuluh tahun kahwin...anak-anaknya berjaya.

    ReplyDelete
  16. Sebab apa institusi keluarga boleh punah?
    banyak.... tapi mmg ada pihak ketiga.. syaitan...

    Syaitan suka memecah belahkan keluarga seseorang..
    Bertepuk tangan tergelak gelak
    apabila suami menurunkan talak..

    mempertahan keluarga..
    kena sentiasa berfikir secara rasional berdasarkan Islam..

    Apa gunanya Berumah tangga?
    hohohoho

    ReplyDelete
  17. Assalamu'alaikum....selamat kenal

    www.4fiq.blogspot.com

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan