Streamyx selaju roket!



Siapa nak kalau dapat surf internet, dapat blogging, dapat view TiubAwak dengan laju?

Download sebarang file pun macam zassss. Selaju roket.

Nak? Nak?

Nak tak?

Korang mimpi ja lah.

Itupun kalau Streamyx tu selaju dengan gerakan roket ke angkasa lepas.

Kalau tidak, sila bayangkan sahaja.

Di dalam bayangan, kepuasan melayari internet adalah sehingga tahap maksimum. Malah mungkin senyuman para penagih internet juga akan terputus akibat senyuman mereka itu. Itulah yang berlaku pada aku. Selalunya HANYA apabila dapat surf internet dengan cepat dan pantas.

Adalah juga kejadian di mana penagih-penagih internet ini akan fokus pada skrin mereka yang konon-kononnya adalah kerja mereka. Padahal mereka sedang fokus kepada

........

drama Jepun!

Seperti aku.



Ish ish, susah juga kalau line Internet atau pun Streamyx ni laju kan.

Jangan jeles!

Padahal internet ni takda la laju sangat pun.....

:pandacloud_17::pandacloud_17::pandacloud_17::pandacloud_17::pandacloud_17:

P/S : Ini bukan entri yang dibuat oleh Nazra. Ketika dia waras.

Continue Reading

Btw, Nazra is taken. Officially.



Wah gempak tak tajuk.
Meh la baca pengakuan ikhlas daripada aku.
Walaupun mungkin ada ayat yang skema, perasan yang melampau atau bunga-bunga api yang tak terang.

Sila sila baca.......

Pertama kali aku kenal dia, perasaan yang paling banyak ada adalah meluat. Sikap dia yang menjengkelkan. Sikap dia yang sombong. Bongkak. Seolah-olah dia lah yang terhebat. Walaupun aku terpaksa akui, memang patut pun kalau sikap-sikap dia tu memang sepatutnya ada pada dia.

Namun perasaan itu mula pudar apabila aku kenali diri dia yang sebenar. Masa tu baru sedar yang dia berbeza yang amat daripada diri dia sendiri.

Orang selalu berkata 'Cinta itu buta' padahal aku rasa yang buta mata dan hatinya adalah individu yang dilamun cinta tersebut.

Tapi yang paling indah pasti lah perasaan kita. Apapun orang kata kita takkan peduli. Semua ditolak ke tepi. Dahsyat kan.

Ada ke yang menaruh perasaan pada aku? Harap-harap ada lah. Dapat juga aku merasa hidung aku kembang dek kerana bangga walaupun suku sakat pakcik makcik aku kata hidung aku macam serombong kapal! Cis......

Tapi maaf lah, aku sudah dipunyai. Bak kata orang putih, Nazra is taken. Officially gitu.

Walaupun jauh kami yang melampau-lampau kilometer dan kilometrico nya, aku tak kisah asalkan hati aku berkuntum-kuntum riang.

........

Sebenarnya tak lama untuk aku sedari aku suka dengan seorang ini. Mungkin lah cinta pandang pertama kot.

Aduh, terbukti kegatalan aku sekarang.

Mahu lihat enggak pacar gue?

Lihat eh..

Lihat lah...

Free ja....

Tak yah bayar pun.....

Kalau korang ada jumpa dia, korang pesan kat dia jangan nakal-nakal eh. Nanti kang Cik Nazra sedih. Kesian.

:minimo_19::minimo_19::minimo_19::minimo_19::minimo_19:

Jadi dah bersedia untuk tengok siapa si dia.

Errrrr buat si gadis-gadis, jantung korang berdegup kencang tak? Kalau kencang, entah-entah si dia aku ni boyfriend korang tak? 'Jangan-jangan!' mesti korang kata camtu kat dalam hati kan. Confirm bukan boyfriend korang punyalah.

Okay-okay, tak payah berlengah-lengah. Sila la tengok si dia aku ini.



Dialah MatsuJun atau pun nama penuhnya adalah Matsumoto Jun.

Inilah sebabnya kenapa juga blog aku berhabuk tak dibersihkan. Semuanya kerana Drama Jepun bertajuk Hana Yori Dango. Yang lebih bagus daripada Boys Over Flowers versi Korea.



Sekian saja pengakuan ikhlas Cik Nazra. Sehingga bertemu ikemen yang lain.

P/S : Ikemen adalah bahasa Jepun untuk good-looking man.

:pandacloud_08::pandacloud_08::pandacloud_08::pandacloud_08::pandacloud_08:

Continue Reading

Mari membuat blind date bersama Fafau di Hot FM



Ye, itu lah tajuk segmen terbaru di Hot FM. Stesen radio yang Lebih Hangat Daripada Biasa.

Tengok dan dengar Hot FM di 8TV pagi tadi pun asyik dok heboh pasal blind date Fafau (si Fara Fauzana) dengan Jaafar ja. Wah orang radio/popular/glamer buat blind date pun heboh satu Malaysia ye. Berlambak lak tu yang nak di sponsor. Farah Fauzana, nama besar dalam bidang radio. Siapa yang tak nak kan. Bertuahnya badan.

Aku dah la baru dapat TV kat rumah sewa tu dua tiga hari yang lepas selepas TV diambil bos untuk pameran. Itupun nasib baik pameran kat Bandar Perda habis cepat. Takda la aku tension menanggung kebuntuan di rumah sewa selepas habis kerja.

Agak-agak la kan kalau aku kahwin........ nanti ada tak yang sponsor? Bagusnya kalau ada yang nak. Tapi aku tak popular la pulak. Aduh!

Apa-apa pun layan la video diaorang ni.



Blind date pun boleh jadi isu kan.....

:pandacloud_17::pandacloud_17::pandacloud_17::pandacloud_17::pandacloud_17:

Errrrr jangan la pulak ada yang saman aku pasal isu ni. Aku dah la miskin.....

Continue Reading

Apabila kepala dilubangkan sebanyak 0.3cm



Wah very beautiful. Very beautiful.


Diulangnya ayat itu sampai dua kali. Dia ingat aku tak paham bahasa Inggeris ke apa. Mengomel ja mulut dia tu. Udah la tu, yang itu ja aku paham pelatnya. Yang selebihnya, haram aku tak paham apa.

Eh! Aku bukan seorang yang perasan lah.

Ayat beautiful kat atas tu bukan untuk aku pun tapi sebenarnya adalah untuk........ sebijik bisul yang pernah ada kat atas kepala aku minggu lepas lah. Ayat tu terkeluar waktu doktor tu dok membelek-belek bisul tu sebelum kemudiannya rambut aku dicukur untuk memudahkan diaorang toreh dan keluarkan nanah.

Betul. Bayangkan kat kepala kiri korang ada sebijik bisul sebesar duit syiling 50 sen. Berdenyut-denyut. Kemudian sebelah kiri muka korang lak membengkak seolah-olah korang baru lepas disengat oleh jutaan lebah.

Tapi kejap, kembali ke alam realiti, betul kah tatabahasa tajuk yang aku letak tu? Aku pun tak pasti tapi itu lah yang berlaku pada aku minggu lepas.

Peristiwa kepala atau tepatnya bisul tu dipicit-picit, ditekan-tekan oleh doktor India tu memang aku tak dapat nak lupakan...

Sakit.

:pandacloud_10::pandacloud_10::pandacloud_10::pandacloud_10::pandacloud_10:

Nasib baik ada sorang doktor praktikal yang sangat chomel di sisi aku ketika tu. Aduh! Perasan. Tak sangka pula ada doktor chomel di Hospital Sik.

:pandacloud_08::pandacloud_08::pandacloud_08::pandacloud_08::pandacloud_08:

Continue Reading

Oh Cikgu Ya!



Aku : Mak, hidung kak bengkak!
Mak : Aih tu salah satu tanda nak demam Chikugunya tu jugak kak.

Aduhai, pening sekejap kepala aku.

Tapi takkan la penyakit tu sampai bengkak hidung. Rupa-rupanya hidung bengkak sebab semalam makan tomyam udang. Tujuh ekor udang lak tu aku bantai. Mana lak hidung tak bengkak. Padan muka!

Okay kembali pada penyakit Chikugunya tu. Parah aku tengok penduduk kampung aku yang mengidap penyakit ni. Sakit-sakit sendi tu memang ketara sangat pada diaorang. Bayangkan ada sesetengah tu yang nak duduk pun tak boleh. Apatah lagi nak berjalan. Memang kesian.

Yang peliknya orang kampung aku yang banyak mengidap penyakit ni.

Korang pernah dengar pasal air bukit?

Apa kaitan lak air bukit dengan penyakit Chikugunya ni?

Aku rasa nyamuk-nyamuk yang dok sebarkan penyakit tu mesti membiak kat limpahan air bukit tu. Ya la, air bukit tu kan macam habitat asal nyamuk-nyamuk tu.



Diambil dari Flickr

Kalau korang nak tau, sebenarnya kebanyakan penduduk pedalaman kat Kedah ni
........
suka ambil air dari bukit. Diaorang akan sambung-sambung paip getah dari air bukit ke rumah diaorang. Penduduk kat area Baling pun ramai juga yang macam ni. Mentang-mentang air bukit ni free, boleh pula air tu dibiarkan melimpah-ruah ja.

Kadang-kadang musykil betul aku. Diaorang mampu sangat untuk dapat bekalan air kat paip air rumah diaorang tu. Tapi susah-susah pula diaorang ambil dari bukit. Entah tercemar atau tidak air tu.

Macam tak mampu padahal dah terlebih mampu diaorang tu. Aduhai.....

Rasa macam nak report ja perbuatan diaorang a.k.a orang kampung aku ni tapi ke mana dan pada siapa? (ceh ayat pasrah)

Continue Reading