Apabila kepala dilubangkan sebanyak 0.3cm



Wah very beautiful. Very beautiful.


Diulangnya ayat itu sampai dua kali. Dia ingat aku tak paham bahasa Inggeris ke apa. Mengomel ja mulut dia tu. Udah la tu, yang itu ja aku paham pelatnya. Yang selebihnya, haram aku tak paham apa.

Eh! Aku bukan seorang yang perasan lah.

Ayat beautiful kat atas tu bukan untuk aku pun tapi sebenarnya adalah untuk........ sebijik bisul yang pernah ada kat atas kepala aku minggu lepas lah. Ayat tu terkeluar waktu doktor tu dok membelek-belek bisul tu sebelum kemudiannya rambut aku dicukur untuk memudahkan diaorang toreh dan keluarkan nanah.

Betul. Bayangkan kat kepala kiri korang ada sebijik bisul sebesar duit syiling 50 sen. Berdenyut-denyut. Kemudian sebelah kiri muka korang lak membengkak seolah-olah korang baru lepas disengat oleh jutaan lebah.

Tapi kejap, kembali ke alam realiti, betul kah tatabahasa tajuk yang aku letak tu? Aku pun tak pasti tapi itu lah yang berlaku pada aku minggu lepas.

Peristiwa kepala atau tepatnya bisul tu dipicit-picit, ditekan-tekan oleh doktor India tu memang aku tak dapat nak lupakan...

Sakit.

:pandacloud_10::pandacloud_10::pandacloud_10::pandacloud_10::pandacloud_10:

Nasib baik ada sorang doktor praktikal yang sangat chomel di sisi aku ketika tu. Aduh! Perasan. Tak sangka pula ada doktor chomel di Hospital Sik.

:pandacloud_08::pandacloud_08::pandacloud_08::pandacloud_08::pandacloud_08:

17 Pemberi Komen:

  1. Maybe because you are so beautiful... kekeke..

    ReplyDelete
  2. tak terbayang sakit tu.. adoi~~

    ReplyDelete
  3. aku dapat rasa kan sakitnya huhuh

    ReplyDelete
  4. nyempat lagi usyar doktor cute....muahahahaha...gatai tul kwn aku ni

    ReplyDelete
  5. haha.. obsesnya doktor tu terhadap bisul.. passionate..

    ReplyDelete
  6. nasib baik de pengubat ilang sakit waktu tu...

    ReplyDelete
  7. biar betul tu..bisul kat kepala ????

    ReplyDelete
  8. Gilak la bisul besar duit 50 sen??
    Tu la orang dah pesan, jgn letak bantal kat punggung..
    Eh..
    Lain macam plak.. cam tak kena je..
    :P

    ReplyDelete
  9. doktor chomey tue laki ke???

    cam men leh bisul cam tue ek

    ReplyDelete
  10. hahahahah....
    doktor chomel 2 pengubat penyakit gak 2...
    ad la orng 2 yg x sket pn g hsptl sik nnt 2...
    sbb nk jmpa doktr chumel dy..

    ReplyDelete
  11. ade rase cam g umah urut ta?
    haha

    ReplyDelete
  12. out of topic--> thank coz mengomen...

    tetapi berapa ramai yg sudi memberi perluang kepada mereka ek..sedangkan ada sesetgh mereka cuma mangsa rogol mahupun menjadi mangsa "haruan makan anak"

    mereka cuma mangsa... siapakah anda untuk menilainya kan he..23x betul x??

    ReplyDelete
  13. ni mesti tido atas bantal ni

    pelik ke?

    ReplyDelete
  14. heh?besor 50sen ke wei?besaq nyer...tp,kompem ko comei sgt smpi kuar beautiful3 tuh.hahaha

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan