Oh Cikgu Ya!




Aku : Mak, hidung kak bengkak!
Mak : Aih tu salah satu tanda nak demam Chikugunya tu jugak kak.

Aduhai, pening sekejap kepala aku.

Tapi takkan la penyakit tu sampai bengkak hidung. Rupa-rupanya hidung bengkak sebab semalam makan tomyam udang. Tujuh ekor udang lak tu aku bantai. Mana lak hidung tak bengkak. Padan muka!

Okay kembali pada penyakit Chikugunya tu. Parah aku tengok penduduk kampung aku yang mengidap penyakit ni. Sakit-sakit sendi tu memang ketara sangat pada diaorang. Bayangkan ada sesetengah tu yang nak duduk pun tak boleh. Apatah lagi nak berjalan. Memang kesian.

Yang peliknya orang kampung aku yang banyak mengidap penyakit ni.

Korang pernah dengar pasal air bukit?

Apa kaitan lak air bukit dengan penyakit Chikugunya ni?

Aku rasa nyamuk-nyamuk yang dok sebarkan penyakit tu mesti membiak kat limpahan air bukit tu. Ya la, air bukit tu kan macam habitat asal nyamuk-nyamuk tu.



Diambil dari Flickr

Kalau korang nak tau, sebenarnya kebanyakan penduduk pedalaman kat Kedah ni
........
suka ambil air dari bukit. Diaorang akan sambung-sambung paip getah dari air bukit ke rumah diaorang. Penduduk kat area Baling pun ramai juga yang macam ni. Mentang-mentang air bukit ni free, boleh pula air tu dibiarkan melimpah-ruah ja.

Kadang-kadang musykil betul aku. Diaorang mampu sangat untuk dapat bekalan air kat paip air rumah diaorang tu. Tapi susah-susah pula diaorang ambil dari bukit. Entah tercemar atau tidak air tu.

Macam tak mampu padahal dah terlebih mampu diaorang tu. Aduhai.....

Rasa macam nak report ja perbuatan diaorang a.k.a orang kampung aku ni tapi ke mana dan pada siapa? (ceh ayat pasrah)

15 Pemberi Komen:

Premium Services Bagaimana Artikel Ini?Sila Berikan Komen Anda Dibawah!
Mari melanggan Feed RSS|Mari Melanggan Comment RSS
Blog ini adalah Do Follow!!
beliamuda said...

air free kan, spe tak nak... lagipun air bukit ni sejuk...

denaihati said...

aku memang pening nak sebuk penyakit ni..sampai sekarang masih tergeliat lidah ni nak sebut....

MuhD NoR AzyM said...

Ambik air bukit pun bleh report ke? Hihihi

~Cinta Cukulet~ said...

benda free sapa tak nak, tapi tulah kan, tak tahu tahap mana bersihnya air tu. Karang diri sendiri jugak yang susah huhu

atok said...

bukn air bukit sejuk gyla ka?
Ehehe

Richeal Phil @ Ritz ^-^ said...

just passing by!
gr8 blog!!

DilOt said...

sbb free..tu yg rmi masih amik lg..kalo x..kene byrla...kalo kene byr..maknenye keluar duit...

Framestone said...

he...23x nk report ape..nk report dorg curiair bukit ek huuhu

klu wat report chikuguya leh la

cikgupj said...

ada satu kampung tu, hampir semua penduduk kena angkut pegi hospital...dasyat penangan nyamuk!...

Mohd Ahmad Ferk said...

maybe ade betul nyer air bukit tu punca penyakit tu..
maybe air tu kotor..

zul's said...

hrm.. ambik air bukit? herm mintak agen-agen MLM yang jual produk penapis air pegi test.. tentu diorang test free je

[S]itie [B]Um [B]Um said...

alergik makanan laut ke?

naqiubex said...

Minum air kelapa..
Insya Allah boleh sembuh dari penyakit cikgu kunya..

ps: Hidung bengkak kalau makan udang... kalau jadi mancung takpe juga.. hahaha

PutraRocker said...

air bukit best wooo...haahah

adam said...

em...yup..org kg aku dah kena

 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Lifestyle theme by Brian Gardner Convert by Bloganol dot com Edit by Arieyblog

top