Mari suka kan kerja memasing..

Memetik petikan akhbar Harian Metro hari ni.
KUALA LUMPUR: Sama ada guru mahupun pelajar, kedua-duanya harus belajar cara mengawal emosi sekiranya tidak mahu sekolah dicemari insiden pergaduhan sekali gus dilihat sebagai institusi membenarkan keganasan berlaku.
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, insiden pelajar menumbuk muka guru bertubi-tubi seharusnya menjadi iktibar kepada semua pihak.
Katanya, kes pukul memukul membabitkan dua pihak terbabit yang dipaparkan media wajar diberi perhatian berikutan dikhuatiri makin bertambah gara-gara kegagalan pihak sekolah menangani soal disiplin. “Kita hampa apabila perkara ini berlaku dan pelajar seharusnya sedar bahawa perlakuan memukul guru serta memaki golongan yang banyak memberi bimbingan tidak elok, apatah lagi tindakan berkenaan memperlihatkan sikap kurang ajar.
“Dalam masa sama, guru perlu bijak menangani keadaan menggunakan pendekatan berhemah (ketika melayan pelajar bermasalah), jangan cuba bangkitkan ketidakpuasan hati,” katanya.


Pada saya, bukan setakat satu pihak ja kena menjaga emosi, semua pihak kena terlibat. Macam perjalanan kerja saya sekarang ni, kadang-kadang tiap-tiap hari kena meninggi suara. Ada yang bagi kerjasama, ada yang tidak. Yang kecik atau yang besar semuanya sama saja. Umur tak ada yang beza. Mentang-mentang saya berkhidmat untuk rakyat (macam ahli wakil rakyat @ Parlimen sudah).

Saya cuma nak lancarkan perjalanan kerja saya dan juga penggunaan internet & PC oleh pengguna khususnya kanak-kanak dan remaja tapi bila kena meninggi suara selepas MENEGUR YANG SALAH tak diterima, siapa yang tak rasa tension kan?

Rasa macam malas nak menegur tapi tak tegur karang, lain pulak jadinya. Tegur karang, rasa macam tegas sangat. Alahai..

Gambar di bawah untuk memotivasikan diri saya........................

11 comments:

  1. salam cik naz.
    i luv my job too. :D

    ReplyDelete
  2. haha. i love my job too...

    ada terbaca report pasal kes neh kat paper. mase tu terasa "isk, ganas betul memurid zaman sakarang."

    dan di page sebelahnya pulak, ada berita mengenai seorang budak pelajar yang ditampar sehingga berdarah di telinga dan kemungkinan akan pekak.

    waktu tu aku terpikir, kalau kita asyik sibuk mencarik siapa salah, siapa betul, jawabnya sampai ke sudah laa kita akan sentiasa berbalah.

    aku lebih suka memandang ke cermin terlebih dahulu sebelum marah kat anak2 buah aku. :P

    ReplyDelete
  3. i pon luv my Job walopon kekadang sangt bosan..heheheh

    ReplyDelete
  4. nnti dah kije nnti..akn cuba sukakan kije sy..hihihi

    ReplyDelete
  5. biar seronok dgn kerja..jgn jadi mangsa kerja..tp kalo memilih keje sgt pon ssh gak.=p
    psl masalah sosial budak2 zmn skrg tk tau la cmne penyelesaiannye..
    bila anak kena rotan, mak bapak melenting..kalo dibiarkan guru2 plak blasah anak murid..camne ni..adehh..

    p/s: masa sy skolah dulu kena tampar, rotan, cubit..takde plak mak mapak serang skolah. skrg ni anak2 dah terlalu manja.payah..

    ReplyDelete
  6. emmm mcm2 dgn pelajar dan guru skrg ye..mls nk komen byk...dua2 pihak ada salah juga....


    maya
    http://coretanmayaku.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. biasalah, manusia macam2 ragam..ada boleh terima teguran, ada yang tidak :)

    ReplyDelete
  8. of course i love my job becoz i love to play there..

    haha..just in my entry ..its describe everything!

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan