Kepada Tuan Punya Badan.
Tarikh ini Tahun ini.
Tuan,
Per: Notis Berhenti Kerja dengan Serta Merta
Merujuk kepada perkara di atas, saya selaku ibu jari mewakili jari jemari yang lain iaitu jari telunjuk, jari hantu, jari manis dan jari kelingking ingin
memaklumkan kepada pihak tuan punya badan bahawa kami sebulat jari jemari akan berhenti kerja mulai saat ini minit ini jam ini hari ini bulan ini tahun ini.
2. Kami semua berbuat demikian adalah kerana oleh kami sudah tidak tahan dengan kadar kelajuan tuan punya badan menaip sehari-hari di tempat kerja. Ini dibuktikan lagi dengan ujian kadar kelajuan tersebut di Speed Test Finger
3. Kami amat berharap agar pihak tuan punya badan dapat mempertimbangkan notis kami ini dengan secepat mungkin dan segala jasa baik dan kerjasama dari pihak tuan punya badan sepanjang kami berkhidmat dengan tuan punya badan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
________________________
IBU JARI
(mewakili jari telunjuk, jari hantu, jari manis dan jari kelingking)
Uik..boleh plak macamtu? Hehe
ReplyDeletedah xde jari nnti,camne nk menaip???huhuhuhu..btw,nice theme..huhuu
ReplyDeletedh berubah wajah ni.. lama x msk.. hehe
ReplyDeletehahah tp suh taip lelaju? kan da penat jari jemari tu..huhuhu...
ReplyDeletetaip sms laju2 tak pe kan???
ReplyDeletekasi spa sikit jari2 tu. biar dia rilek sikit. ^_^
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletepandai benar jari2 mohon surat letak jwtan yer..hehee
ahehe canggih jer surat berhenti kerja nih hehe
ReplyDeletetakut tgk gambar jari tu :)
wakaka..maknenye nazra taip laju sgt la ek..bagus la cmtu..sy kalo nak taip jari slalu terkehel (typo)..tp tak laju mane pon..rasanya jari2 sy pon akan taip surat perletakan jawatan gak la nnti..ahaks..
ReplyDeletegeli la pic jari nih.... mcm katak
ReplyDeletelawak benar surat jawatan ni hehe...
ReplyDelete