Hati parah, sendiri salah...

Hati parah,
diri sendiri mencari masalah,
hingga terjerumus ke dalam kancah seumpama penagih dadah.

Hati parah,
asyik dan selalu menyumpah,
tiada kepada siapa, ditujukan kepada diri sendiri yang punya salah.

Hati parah,
semoga mampu dipujuk hati yang rapuh,
untuk kembali menjadi diri sendiri walaupun nodanya tidak akan ampuh.

Untuk Taqo, terima kasih untuk kata-kata di bawah ini. Akan ditenangkan hati, akan dipujuk minda, akan dipimpin akal semoga Umi Nazrah kembali mendapatkan diri sendiri walaupun mungkin tidak akan sama dengan yang dahulunya....

cinta manusia tidak perlu dicari.
cinta pada-NYA harus kekal abadi. :)

Continue Reading

Pencarian yang tiada penghujung..

Entri ringkas nukilan Nazra. Tetiba rasa takda idea nak update apa pulak. Jadi meminjam kata-kata seorang insan..

Akan ku kejar bintang kejora di langit mendung,
akan ku genggam nya hingga menjadi cincin,
akan ku tempa dia dan tersarung dijarimu,
akan ku kilatkannya dibawah sinaran rembulan embun pagi,
walau sepanjang perjalanan pencarian itu,
biar dihalang medan asteroid di pertengahan jalan,
akan ku harungi jua hingga sampai ke destinasi yang aku hajati....

Layan saja. Tiada kena mengena dengan naz, cumanya naz letak sebab takda idea nak update apa....






Continue Reading

Pakcik Makcik aku dan Match Maker Mereka

Semalam waktu aku sedang seronok bergembira menjadi pasukan sorak untuk perlawanan bowling tak rasmi di kalangan staff pejabat ni, aku dikejutkan dengan satu panggilan. Aku ingatkan investor untuk projek rumah burung walet tapi rupa-rupanya salah seorang daripada insan yang di-match-making-kan oleh pakcik makcik aku. Daripada percakapan yang sopan, aku dah jadi macam budak serius nak ambil final exam ja muka dan suara aku. Inilah satu-satunya penyebab yang kadang-kadang aku tak suka sangat kat pakcik dan makcik aku. Pekerjaan masa lapang diaorang - match maker. Padahal zaman diaorang dulu, takda pulak mak bapak atau pun mak bapak sedara diaorang jadi match maker diaorang. Memasing aku dengar cari cinta sendiri. Ni sebaliknya kat aku, rajin pulak kaum kerabat aku ni nak jadi match maker. Entah dapat komisen ke apa kejadah bila diaorang buat aktiviti ni..

Aku tau niat diaorang tu suci murni mengalahkan minyak masak yang ditapis dengan 3kali penapisan tu tapi janganlah sesuka hati kasi nombor telefon aku kat mana-mana lelaki yang diorang berkenan. Aku yang menjawab ni sakit jiwa. Dengan nak membaca SMS lagi. Lama-lama psycho aku di umur muda...Susah sangat ke nak kasi aku mencari cinta untuk diri aku sendiri..

Pic : http://s203.photobucket.com/home/papagavin dan http://amirez.com/go/maskahwin.php

Aku tak suka update blog cepat-cepat. Hilang keindahan mood. Tapi kali ni terpaksa sebab PA kepada Pengarah (yang menjadi boss aku) keluar rehat untuk sementara....

Continue Reading

Cinta Lama vs Cinta Baru.

Mereka berkata cinta baru akan datang dan dapat menghapuskan serta melenyapkan kenangan cinta lama. Tapi saya kata macam mana kalau saya tak dapat nak menjumpai cinta baru? Dapatkah kenangan pahit mahu pun kenangan manis yang menghimpit kotak memori saya disembuhkan? Dapatkah hati saya digembirakan lagi? Berapa lama harus saya cari cinta baru saya? Saya tak minta cinta lama saya terkubur dan saya juga tak minta cinta lama saya mengekori serta membayangi cinta baru saya. Saya juga tak minta cinta lama menjadi duplicate kepada cinta baru saya. Sebab ex pertama saya pernah berkata, kayu yang bengkok jangan dibuang kerana kita tak tahu bila kah kita perlukannya walaupun dia bengkok dan nampak tak berguna untuk kita. Saya cuma berdoa saya dapat berjumpa dengan cinta baru saya secepat mungkin agar saya tak terus menerus mengingati cinta lama saya dan saya menjadi penghuni sebuah stesen menunggu yang akan usang. Mungkinkah saya akan jadi seorang penagih cinta kepada kamu..cinta baru yang entah di mana berada..

Pelik ja rasa bila aku guna kata ganti nama 'saya', hohoho. Aku perasan kebanyakan entri aku dah macam pertandingan kat temasya sukan la pulak. Semua ada versus. Dulu

Pic : http://alqasam.blogsome.com/ dan http://ms.langitilahi.com/

Continue Reading

Enter PMS zone with your own risk.

Sepatutnya isu ni dibangkitkan pada hari Isnin lepas tapi disebabkan jarang sangat nak dapat peluang menaip, entri ni tertunggak la jadinya. Isu PMS memang tak pernah habis kalau nak dibagitau. Moody yang sangat tiba-tiba. Malas yang menjangkaui suhu melampau. Aduh. Entah apa-apa ja rasanya. Aku kadang-kadang pening dengan perubahaan mood waktu zone PMS.

Tak ada apa lagi yang mampu dicurahkan, siapa mahu layan lagu, sila play di bawah ini.

Pic : http://zeropointperspective.wordpress.com/

Continue Reading