Mereka berkata cinta baru akan datang dan dapat menghapuskan serta melenyapkan kenangan cinta lama. Tapi saya kata macam mana kalau saya tak dapat nak menjumpai cinta baru? Dapatkah kenangan pahit mahu pun kenangan manis yang menghimpit kotak memori saya disembuhkan? Dapatkah hati saya digembirakan lagi? Berapa lama harus saya cari cinta baru saya? Saya tak minta cinta lama saya terkubur dan saya juga tak minta cinta lama saya mengekori serta membayangi cinta baru saya. Saya juga tak minta cinta lama menjadi duplicate kepada cinta baru saya. Sebab ex pertama saya pernah berkata, kayu yang bengkok jangan dibuang kerana kita tak tahu bila kah kita perlukannya walaupun dia bengkok dan nampak tak berguna untuk kita. Saya cuma berdoa saya dapat berjumpa dengan cinta baru saya secepat mungkin agar saya tak terus menerus mengingati cinta lama saya dan saya menjadi penghuni sebuah stesen menunggu yang akan usang. Mungkinkah saya akan jadi seorang penagih cinta kepada kamu..cinta baru yang entah di mana berada..
Pelik ja rasa bila aku guna kata ganti nama 'saya', hohoho. Aku perasan kebanyakan entri aku dah macam pertandingan kat temasya sukan la pulak. Semua ada versus. Dulu
Pic : http://alqasam.blogsome.com/ dan http://ms.langitilahi.com/
Cinta baru takkan sama dengan cinta lama..masing-masing ada keistimewaan tersendiri. Cinta lama biar menjadi kenangan indah tapi cinta baru biar menjadi kehidupan kita masa kini..
ReplyDeletehuhu.cik naz sedang mencari cinta?
ReplyDeletehe2.selamat menunggu.
cinta manusia tidak perlu dicari.
cinta pada-NYA harus kekal abadi. :)
cinta lama tetap dalam ingatan..;)
ReplyDeletebagus gak tukar 'aku' kpd 'saya'..bukan apa, kadang2 yg baca blog kita tu orang yg lebih tua dan lebih otai..
Bersabarlah dalam mencari cinta kak. :)
ReplyDeleteKalau dah jodoh, tak akan kemana. Apa yang kita kena buat sekarang, baiki diri masing-masing.
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah kak! :D
Mungkinkah Naz akan memperolehi cinta sejati apabila menemui cinta baru tu kan.. hehe.. semoga dipermudahkan jodoh dan mendapat lelaki yang sejati
ReplyDeletetransisi dari tempoh masa sepi kepada tidak sepi memang agak menyakitkan dan depress kadangkala.
ReplyDeletetapi itu semua sementara. hakikatnye hidup ini juga sementara.
kita usaha, usaha jugak. tapi tetap kene serahkan pada takdir.
Nazra tak berusaha untuk membuka hati demi mencari cinta yg baru.. Klu hanya di mulut menyatakan bahawa ya, aku sudah membuka hatiku tp tidak di hati sendiri.. tak berguna juga.. hehe cinta itu ada cuma kita sendiri yg tak perasan bahawa cinta itu telah hadir dan telah berlalu kerana kita tdk menghargai kehadirannya.. ngee
ReplyDeletewah mcari cinta nmpknye..chaiyok2..ahaha
ReplyDeletehahahah
ReplyDeleteentry ko skrg cintan cintun jer
salam maal hijrah dan selamat berazam baru
jgn lah berchenta andai tak bersedia..=)
ReplyDeleteseek & you'll find your ideal love but do not stop looking......
ReplyDeletecinta itu membengongkan ....
ReplyDeleteerk
ReplyDeletecinta akan datang sendiri
jangan di cari
walaupun cinta lama meninggalkan sy, tp sy akan ttp setia menunggu kepulangan cinta lama tu..huhu
ReplyDeletesaya masih setia pada cinta yang satu, tiada lama dan tiada baru..huhu..masih menanti untuk memiliki cinta sejati..
ReplyDeleteJika memang lah waktunya, cinta pasti kan menghampiri kita
ReplyDeletelepas kepahitan cinta lama..
ReplyDeletekita kene berehat seketika..
bersendirian..
dan lepas tuh cinta baru yg datang tuh amat indah sekali..
tapi aku still tak brjaya buang cinta lama :(
walaupun cinta lama telah pergi, ia amat ssh nk dilupekan..huhu..kalo datanglah cinta baru...cinta lm tetap tersemat di jiwa...
ReplyDeletecinta lama atau baru mana boleh lupa atau mengganti antara satu sama lain.Yang lama menjadi kenangan, yang baru jadi harapan.Cinta abadi ialah Yang Awwal dan Yang Akhir, Cinta Sempurna dan Cinta Sejati/Hakiki.Carilah cinta kerana ianya tidak berdosa...
ReplyDeletesalam nazra..
ReplyDeletesaya ingatkan dulu nazra awek ariey hehe..template sama jer ...
ker betul nazra awek arieyblog ?
serius lawa template nih..
Ya, mungkin karena itu
ReplyDeletesaya tengah ada cinta baru :) alhamdulillah. cinta baru buat saya sangat-sangat busy. tapi sekali-sekala teringat juga cinta lama. bila teringat, mulalah rasa benci giler, sebab sampai sekarang pun perasaan marah masih tak hilang.
ReplyDeleteuntil tersedar dah ada cinta baru, maka cinta lama dapat ditewaskan dengan sekelip mata. eceh.
relax la.. :) umur baru berapa kan.. yakinlah cinta baru jauh lebih baik dari cinta lama :).. cuma kena sabar je, k :)