Sabtu, Mac 07, 2009

Syukur ku sedar



Sejak hidup aku hanya dipenuhi oleh sinus dek kerana selsema dan ditambah lagi dengan tekanan yang aku tau dan sesetengahnya yang aku sendiri tak dapat kenalpasti dari mana asalnya, pelbagai pemikiran wujud dengan sendiri. Mungkin juga sedikit sebanyak suntikan iblis mencucuk hati aku. Tapi alhamdulillah tiada sebarang perkara yang aku buat walaupun satu saat terdetik dan terasa jugak. Subhanallah. Sudah menghampiri dosa besar, aku rasa. Bak lagu Elyana bertajuk Syukur Ku Sedar.

Tapi hidup ni bukan seperti aku main game. Kalau tidak dapat menyelesaikan masalah, kamu boleh exit dan resume di kemudian harinya.


Baca Selanjutnya - Syukur ku sedar
Khamis, Mac 05, 2009

Panggilan Kejutan

Kenapa lelaki memerlukan panggilan kejutan daripada perempuan mereka. Ada beberapa keadaan yang wajib perempuan lakukan panggilan kejutan kepada para lelaki tersebut...

Pertamanya, jika mereka tidak pernah membeli walaupun sekuntum bunga. Mungkin pada mereka sekuntum bunga tu tak ada makna yang sangat besar tapi pada perempuan adalah sebaliknya. Biarpun bunga akan layu tak sampai 2 hari (bunga plastik pastilah terkecuali), tapi tanda ingatan si lelaki tu pada perempuan dengan sekuntum bunga sahaja boleh membuat perempuan tersenyum lebar dan gembira seharian.

Seterusnya andainya bila dating perempuan ja yang asyik mengeluarkan duit ketika minum atau lepak chill jadi panggilan kejutan ini. Apatah lagi jika lelaki terlalu selesa apabila musim gaji perempuan itu tiba, jadi lelaki hanya perlu merayu dan meminta duit gaji perempuan tersebut dan lelaki itu tidak perlu untuk bekerja.

Apa itu panggilan kejutan? Si perempuan boleh mencari lelaki lain.
Baca Selanjutnya - Panggilan Kejutan
Isnin, Mac 02, 2009

Lucah ke?

Penatnya. Serius penat. Tapi terima ja la dugaan...Sampaikan aku rasa air kencing pun dah berbau ubat yang aku dok telan. Lama betul aku demam. Selsema pulak. Dah la bersambung-sambung. Macam telenovela pulak.
Baca Selanjutnya - Lucah ke?