Daun selom adalah tumbuhan akuatik, berasal dari Asia tropika. Herba ini adalah sayuran tradisional dan sering dimakan sebagai ulam. Pucuk, daun muda dan batang yang masih lembut sering dimakan sebagai ulam dan biasanya dimakan dengan sambal udang kering atau sambal kelapa. Selom juga dijadikan ramuan nasi ulam, nasi kerabu dan ramuan sambal tempoyak.
Untuk memberikan khasiat kepada daun selom dan membolehkan daun selom menghasilkan daun-daun yang segar bugar berkhasiat, air selepas menyiang ikan, ayam atau udang bolehlah dijerus kepada kawasan daun selom. Seelok-eloknya adalah air selepas menyiang ikan. Kaedah ini dipraktikkan sendiri oleh orang-orang kampung. Namun, ini bukan bermaksud daun selom adalah tumbuhan karnivor.
Selom mengandungi khasiat yang tinggi, terutama vitamin A. Dalam setiap 100 g bahagian yang boleh dimakan selom mengandung: Air 91.6 g, protein 1.1 g, lemak 0.4 g, karbohidrat 4.4 g, serat 1.0 g, kalsium 138 mg, fosforus 43 mg, ferum 2.3 mg, natrium 32 mg, kalium 266 mg, karotena 3200 ug, vitamin A 533 ug, vitamin B1 0.1 mg, vitamin B2 0.31 mg, niasin 0.6 mg dan vitamin C 60.5 mg.
Selom mudah dibiakkan dengan menanam keratan batang yang tua di tempat lembap atau berair sedalam 15 - 25 sm. Sebaiknya sayur ini ditanam di kolam yang bersih dan airnya ditukar ganti. Tuaian dilakukan dengan mengambil pucuk dan kemudian membiarkannya bertunas semula. Tuaian boleh dilakukan beberapa kali.
igt tadi daun ketom!! x tau plak ni salah 1 ramuan nasi krabu.. hehe tau makan jer..
ReplyDeletedaun ketom buat asam sambal sedap oooo
ReplyDeleteehem2, ini daun selom lah. daun ketom itu lain. ish2 :P
ReplyDelete