Akhirnya dapat jua meng-update mengenai outstation ke Setapak setelah semalam tidak dapat melaksanakannya.
Ketiadaan Nazra semenjak 3hari yg lalu adalah kerana mengikuti kursus membuat hiasan mug di Setapak. Perjalanan di mulakan dengan pengambilan staf yg lain pada pagi hari Selasa iaitu Nazra, Izzah, Kak Ijan dan akhirnya En. Sani.
Perjalanan yg sepertinya baik tiba-tiba mencetuskan fenomena panik dan kepanasan apabila ekzos Pajero telah mengalami masalah di sekitar Kampar. Tengahari yg sangat panas terpaksa dilalui di Kampar, walaupun bengkel terletak di kaki bukit Kampar.
Inilah pajero yg telah mengalami kerosakan pada ekzos.
Ingatkan selepas dibaiki, pajero telah pulih. Rupanya tidak, pajero mula meragam dan terpaksa kami keluar ke Behrang dan perlahan-lahan ke Slim River.
Setelah hampir 3jam kami bertapak di Hentian Rehat Slim River yg agak uzur dan menunggu si penarik kereta yg berwarna kuning yg sangat comel itu, datanglah penarik kuning itu mengangkut pajero utk ke Kampar semula. Sungguh jauh rasanya perjalanan itu.
Kami diangkut semula ke Kampar dan akhirnya terpaksa menikmati makan malam di Grand Hotel Kampar sementara menunggu kedatangan Naza Ria yg dipandu oleh staf dari Kulim.
Sempat juga kami menjelajah tingkat atas Grand Kampar Hotel dan melihat pemandangan Kampar dari atas Hotel. Tidak ketinggalan Taj Mahal Grand Kampar Hotel.
0 Pemberi Komen:
Post a Comment
1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan