Apakah gaya penulisan yang bagus, baik dan diterima oleh pembaca?
Pada pendapat nazra, seseorang penulis itu mestilah menyampaikan ayat dengan berkesan, mudah diterima, bahasa yang mudah.
Ya, memang nampak senang pd kalian yang sedang membaca. Namun, nazra akui agak sukar untuk menulis, ataupun sekarang ini, menaip, sesuatu yang dapat dihadamkan dengan mudah hinggalah ayat-ayat itu boleh menjadi suatu 'vitamin' yang berguna untuk kalian.
Nazra masih lagi belajar untuk menyusun ayat-ayat dan menyampaikan sesuatu pada golongan pembaca. Adakalanya, penat menghasilkan sesuatu entry dengan ayat yang terpaksa difikirkan struktur yang sesuai. Dahulunya nazra menggunakan bahasa Inggeris sbg bahasa rasmi blog ini, namun apabila merasakan bahasa tersebut tidak dapat disampaikan dengan baik, atau dengan kata lain, nazra masih lagi dalam proses mempelajari bahasa Inggeris itu, maka keputusan menggunakan bahasa Melayu digunakan. Bukan bermaksud memandang rendah bahasa Melayu selepas tidak dapat mengaplikasikan bahasa Inggeris, namun nazra merasakan tiada guna jika niat yang ingin disampaikan tidak kesampaian.
Alhamdulillah, selepas menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi blog, perasaan cinta terhadap blog tidak dapat diragui lagi. Seolah sepertinya mendapat teman lelaki baru yang 'menyelami' jiwa kita sepuasnya.
0 Pemberi Komen:
Post a Comment
1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan