SELAMAT HARI MERDEKA!!!!

SELAMAT HARI MERDEKA!!!!





Adakah golongan OKU di negara ini menikmati semua yang tertakluk dalam mandat itu? Adakah OKU diberi peluang untuk menyertai kegiatan pembangunan sosial masyarakat dan digajikan secara sama peluang? Adakah OKU diberi peluang untuk berdikari sepenuhnya? Terdapatkah satu pelan induk yang menyenaraikan dengan lengkap garis panduan untuk untuk menanangi masaalah OKU? Dari pandangan saya sebagai seorang OKU, jikalau adapun, ia dilaksanakan secara rambang dan tidak mengikut satu sistem yang ditetapkan.


Secebis catatan daripada laman web Peter Tan

Apa yang korang faham mengenai "OKU"? Soalan sesenang macam tu pasti korang dapat jawab kan. Semestinya ianya adalah singkatan kepada perkataan "Orang Kurang Upaya". Tapi sebenarnya, aku tak bersetuju pun perkataan tu diberikan kepada singkatan OKU tersebut.

Pada pendapat aku dan atas apa yang aku perhatikan OKU sebenarnya patut diubah kepada "Orang Kaya Uang". Aku sebenarnya tak suka perkataan "uang" tu kerana itu adalah bahasa Indonesia tetapi memandangkan tiada yang sepadan dengan "uang", aku gunakan jua. (Walaubagaimanapun, ini bukan bermaksud aku adalah separuh daripada anti-Indonesian seperti mana ramai anti-Malaysian yang wujud akibat pelbagai isu antara Indonesia dan Malaysia.)

Kenapa aku berpendapat maksud OKU harus diubah?

Aku tak pasti sama ada ayat dan penjelasan yang akan aku berikan adalah kukuh tapi dengan apa yang aku lihat di sekeliling aku (khasnya di kawasan kampung aku),........

sesiapa yang ada adik beradik yang OKU dan mempunyai kenalan yang agak terpengaruh dalam bidang politik-tikus, dengan senangnya saja boleh mendapatkan elaun bulanan yang kadang-kadang lebih tinggi daripada hasil jualan getah sekerap diaorang. (Dulu masa harga getah sekerap tinggi, lagi la depa kaya.)

Entah-entah elaun para OKU di kampung aku ni lagi tinggi daripada gaji sebulan aku....

Aku takda la nak menunjukkan yang aku cemburu atau apa. Rezeki kan memasing yang punya. Allah Maha Adil. Tapi kalau kecacatan yang dialami oleh seseorang tu kekal dan teruk, aku pun tak kisah kalau dia diberikan bantuan. Ini nak kata cacat yang kekal dan teruk tak ada la sangat. Sesetengah penerima bantuan atau elaun tu ada tanah yang berbelas ekar banyaknya. Tiap-tiap minggu dapat duit getah sekerap hampir RM 300.00

Dahsyat kan..

Gambar diambil di kemerdekaan untuk siapa

9 comments:

  1. err.. tak tahu nak cakap macam mne.. yg ambil kesempatan tu, adik beradik OKU? macam mana pula dengan keadaan OKU tu?

    ReplyDelete
  2. bro suka guna perkataan uang dan juga certain2 word indonesia dalam penulisan...xtau knpe

    out of topic--> seiring dan sejalan he...23x zaman dah berubah dunia dah maju... hope ade yg sudi menerima perubahan diri ku seadanya

    ReplyDelete
  3. knape naz xstuju plak?
    bukan ke golongan OKU ni slalu
    direndah2 kan?

    so,bagi mereka yg xupaya lagi..
    (yang benar2 xupaya)
    harus diberi bantuah mehh~

    ReplyDelete
  4. Tak ada guna saling bermusuhan, apalagi sesama rumpun melayu dan sesama muslim. Yang trpenting adalah " saling menghargai " .. ..betul tak ?

    ReplyDelete
  5. apabila kita bercakap golongan oku itu istimewa dan tak boleh direndah2kan martabat mereka, hendaklah kita menganggap kemampuan mereka sama dengan kita, tetapi pada masa yg sama kita bersimpati dengan mereka dan memberikan bantuan sebanyak2nya.

    ini lah fenomena cakap tak serupa bikin dan syok sendiri yang melanda urus tadbir negara kita. bagi aku, isu ini lebih banyak berunsurkan empati dari sifat tanggungjawab yg patut ada pada semua rakyat malaysia. kita sendiri kene sedar akan definisi dan perbezaan kedua2nya, barulah tindakan susulan yang lebih konstruktif dan memberi kesan dapat diambil.

    ReplyDelete
  6. @beliamuda - OKU tu takda la teruk sgt tp layak la jgk mnerima elaun cumanya adik bradik kaum kerabat dia kasi habis elaun OKU kat org yg tak OKU pun asalkan kaum kerabat diaorang T_T

    @khairil - ye sya pn jeles jgk T_T

    @framestone - susur galur Melayu kita kan sama dgn diaorang di Indonesia ^_^

    @taqo - klau betoi2 OKU takpa la, ni yang tak OKU pn diberikan bantuan. mentang2 ada kabel dalam T_T

    @Noor - setuju sangat ^_^

    @Eazy - epi jua ^_^

    @Akeji - susah jgk klau duit dh menguasai jiwa

    ReplyDelete
  7. tue la huhuhu.. cuma melayu kita je makin hilang kemelayuannya....

    out of topic--> he..23x kalau cam tue..leh la wat kategori sendiri kan he...23x

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan