Lempeng
LEMPENG pisang dan pisang rebus. Adakah anda mengenali makanan ini? Jarang sekali kita berpeluang untuk mencuba makanan seperti ini bukan? Kalau makanan Melayu tradisional dikenali sebagai lempeng, manakala makanan Barat pula piza.
Kemodenan menyebabkan banyak makanan-makanan tradisional terus terpinggir tetapi masyarakat lebih mengangkat dan mengenali makanan dari luar.
Atas dasar rasa tanggungjawab untuk mengekalkan makanan tradisional ini, lempeng pisang dan pisang rebus diperkenalkan bersempena Festival Kuala Lumpur baru baru ini. Festival yang bermula pada 7 Julai hingga 13 Julai lalu berlangsung di Pasar Seni Kuala Lumpur.
Lempeng mmg diakui sangat sedap, apatah lagi dimakan ketika lempeng masih panas dan waktu hujan turun. memang terasa nikmatnya
selalu makan lempang. cicah sambal ikan bilis, memang sedapp!
ReplyDeletekat Kedah, orang panggil lempeng ni peknga. sebab tempek kat belanga. haha :D
Delete