Post yang men-ceri-kan hariku~

Kesewelan Dalam Mengejar Cita Cita Or Cinta!

Milah marah marah… muka merah merah… bila di tanya kenapa, milah jawab milah nak cantik. cantik mcm mana saya tanya. milah jawab milah nak kurus. milah tak gemuk. cume milah berisi sikit, saya kata. saya tanya milah, milah kurus milah cantik ke? milah, angguk sambil tertunduk-tunduk. milah cantik bila milah senyum, milah cantik bila milah tersipu sipu malu… tapi kenapa milah kata cantik kalau milah kurus. milah kata, dalam majalah kata kurus tu cantik. majalah mana milah, saya tanya. majalah wanita semua mcm tu… milah jawab sambil tercebik tercebik mulut… comel nye milah… kesian milah… jadi milah buat apa? joging ke? milah ambilk pil kurus dan tak makan sampai macam tu milah nak kurus… milah, milah… saya ada tanya milah, kenapa gopoh sangat nak kurus, nak cantik? milah kata, milah nak ngorat Extremist Thinker, Extremist Thinker suka org kurus, Extremist Thinker kata org kurus cantik…

Perempuan. Kalau dah nama perempuan begitulah situasinya. Mereka @ golongan ini lebih suka menghambakan diri untuk lelaki walau mereka sedar kadang kadang langkah yang mereka ambil itu menunjukkan ke tidak cerdikan mereka dalam mengharungi arus kehidupan. Jadi bagaimana ye? Saya tahu perasaan perempuan. Saya faham perasaan perempuan. Dan saya tahu perempuan perempuan yang saya jumpa akan terus mendambakan kasih sayang saya walau pertama kali bertemu. Boleh kita kawan? tanya mereka. Kalau saya cakap “ya”, masa tue jugak mereka menanggap saya kekasih mereka. Wth. Saya penat dengan semua ini. Saya muka je nampak baik, tapi hati pun baik. Segala tulisan kutukan disini atas satu dasar, ingin menyedarkan golongan yang lemah ini. Bangkitlah kaum perempuan. Jangan jadi hamba cinta kepada lelaki sangat. Kalau tak sedar sedar jugak, takpe lah. Itu tanda anda sudah tiada di alam maya ini. Akhir kata… Assalamualaikum. Tak jawab berdose taw.

Author: Extremist Thinker

Waalaikumussalam.
Ini lah post yg telah men-ceri-kan hariku hari ini daripada penulis extremist daun mist itu.:snow11:
Bak kata penulis ini, perempuan amat mudah terpengaruh dengan iklan pengurusan badan. Kalaulah ditakdirkan berat melebihi obesiti, bolehlah melakukan kaedah pengurusan badan. Ibaratnya saya, berat sudah 60kg tetapi mulut asyik mengatakan ingin melaksanakan kaedah pengurusan badan namun akhirnya impian tinggal impian. Saya pantang jumpa makanan hinggakan digelar "Turn bump". Panggilan paling comel pernah diterima. Nasib baiklah daripada si dia :snow43:
Mungkin perempuan terlalu ingin menjadi sempurna. Memiliki bentuk badan sempurna. Sesetengah perempuan boleh mengubahnya, sesetengah lagi mungkin tidak boleh. Apapun, redha. Jasad hanya satu pinjaman daripada Illahi.

3 Pemberi Komen:

  1. tipu la naz 60kg...tipu2!!!!!!!!!! smpi kiamat salise tak cayer!!!

    ReplyDelete
  2. ai berat double dari u pun ai anggap slim taw. walau ai perempuan berkerjaya. ai masih bergetah. giler2 getah. yummy n crunchy adalah tag line ai. haha!

    ReplyDelete
  3. lor betoi lah 60kg, watpa nk tipu..huhu
    uiks jd crunchy? bior betoi :P

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan