Post yang mencerikan hariku~

ini lah post arinih yg amat menceriakan hari ku
:snow02:
diambil daripada blog.thinker.my

Salam. Hari ini topik yang ingin diutarakan adalah tentang otak pintar lelaki. Seperti yang tuan puan maklum, manusia mempunyai otak di dalam tengkorak kepala mereka. Yang membezakan adalah bagaimana manusia menggunakan otak untuk menjalani kehidupan seharian. Pada waktu akhir zaman, kelicikan seseorang dalam berfikir menggunakan otak bernas adalah diperlukan. Untuk maklumat tuan puan, saya mempunyai otak yang boleh dikategorikan sebagai otak geliga dan bernas. Jika tuan puan ada persoalan terhadap saya, saya akan berikan jawapan yang bernas kepada tuan puan. Tapi jika saya bertanyakan soalan kepada tuan puan, belum tentu tuan puan dapat menjawab soalan saya dengan betul atau memang tidak dapat menjawab lansung. Betul tak teori saya ini. Kan saya dah cakap otak saya bergeliga. Maklumlah saya kanak kanak nespray, membesar dengan bijak dan kacak.

Berbalik kepada tajuk, kenapa saya katakan otak pintar lelaki? Pendapat saya adalah, lelaki merupakan buaya daratan yang akan menggunakan pelbagai helah dan tipu muslihat bagi melimpah ruahkan janji palsu kepada wanita. Tuan puan patut lupakan kisah sang kancil dan buaya kerana itu hanya cita dongeng lapuk semata mata. Berbalik lagi kepada topik, otak lelaki ini tidak akan berhenti berkembang melainkan satu sebab yang pasti iaitu mati. Berbalik lagi dan lagi kepada situasi semasa, di akui bahawa IPTA sekarang dibanjiri kaum hawa iaitu sekitar 70% dan jalan raya turut dibanjiri kereta oleh kaum mereka. Tetapi secara halusnya, walau kaum hawa nampak seakan berkuasa dengan menggunakan otak pintar, tetapi mereka tidak akan berupaya mengembangkan sel sel neuron apabila 1) tamat pengajian paling tinggi peringkat ijazah dan 2) berkahwin. Ini kerana, selepas melalui dua fasa ini, mereka akan berada dalam arus perolakan dimana mereka seakan paranoid untuk meneruskan pengajian disebabkan harga diri yang semakin tinggi untuk dikejar oleh pihak lelaki. Jikalau mereka meneruskan juga, maka kehidupan mereka ibarat pasar basah dimana kehidupan mereka boleh ditawar menawar.

Mengapa saya berkata begitu. Ini adalah disebabkan kepintaran kaum lelaki. Umum sedia maklum, barang sedikit mahal harganya. Begitu jugalah dengan lelaki. Lelaki tergolong dalam kategori barang mahal, sedikit tapi berkualiti tinggi. Manakala perempuan adalah dalam kategori barang sederhana, bersepah dan kualiti tidak lepas SIRIM. Hahaha. Maaf ye. Bila terjadi situasi begini, kaum lelaki akan mempunyai kuasa beli yang lebih dan disinilah terletak kebijaksaan kaum lelaki. Dengan menggunakan ayat tawaran “take it, or leave it”, tentulah menimbulkan kegundahan hati kepada kaum perempuan. Maka dengan itu, sepintar mana perempuan, pintar lagi lelaki. Perempuan tidak akan maju jika perkara sebegini tidak dapat diatasi, kerana institusi kelakian semakin bijak dan genius walau tidak memasuki univ.

3 comments:

  1. hahaha...sah la penulis seorang lelaki...kesengalan yg terserlah...

    ReplyDelete
  2. llaki ini musti ingat bhawa kaum adam diciptakan sbg pemimpin, harus memimpin =] dats y they have a very "strong" pemikiran, huhu

    ReplyDelete
  3. hahah. ade tulisan ku kat cni rupanye.

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan