Rumah Papan Piring Astro

Jangan korang pandang rumah papan itu dengan tidak bermata. Walaupun seolah-olah hampir roboh, cuba korang dongakkan ke atas atap zink yang kemerah-merahan itu. Pasti korang akan nampak sesuatu. Bukannya langit yang korang selalu tengok atau ada kasut jepun yang terbaling sesat ke atas sana. Mungkin juga bukan bulu ayam badminton yang budak-budak, abang budak, adik budak, bapak budak selalu main setiap petang.

Tapi di atas sana ada piring Astro. Dengan kaedah penyiaran yang mempunyai pelbagai pilihan, apatah lagi disogok dengan iklan kecerdikan rakyat di Malaysia, maka rumah papan hampir roboh itu turut sama menikmati perkhidmatan Astro.

Usah ditanya pula kenapa tidak membaiki rumah papan yang hampir roboh sebaliknya memasang piring Astro kerana dek akibat peningkatan harga getah sekerap tahun lepas, lambakan keuntungan yang diperolehi mampu untuk menenggelamkan pandangan orang lain mengenai taraf jawatan penoreh getah.

Harapnya musim hujan ketika ini, rumah papan hampir roboh mampu bertahan. Harapnya juga, insan di dalam rumah itu mampu diisi perut mereka. Dapur mereka berasap dengan memasak makanan untuk insan di rumah itu. Apa adanya piring Astro sedangkan rumah papan hampir roboh.

- Entri ini ditujukan buat penjawat jawatan penoreh getah. Semoga tabah dengan penurunan harga getah sekerap.

5 comments:

  1. salams... iye semoga mereka tabah, ala sekejap jer.. hujung tahun ni OK la balik..

    ReplyDelete
  2. bese jmpe umah cmtu..haha
    tp lg best bhagian umah kt piring astro tu je yg nmpk cm baru baiki..
    kt bhagian dpn ada yg nk roboh dh..hehe

    ReplyDelete
  3. tp harga getah sekerap turun pn, mereka masih dpt byk gak duit. coz kebun getah byk ekar ^_^

    ReplyDelete
  4. kampung saya yang tak penah ada line henpon satu ketika dulu pon dah berlambak piring astro neh cik kak!

    untung2 kalo dah tak larat nak bayar bil, boleh dibuat kawah untuk mengaco dodol hari raya nanti...

    ReplyDelete
  5. mana muat untuk buat guna kawah astro ^_^

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan