Kalau dulu aku mempunyai motivasi diri yang tinggi tapi bermulanya tahun ni, motivasi diri aku agak sukar untuk aku perolehi. Aku lemas. Aku rimas. Berada di dalam bisnes kadang-kadang membuatkan aku memikirkan betapa sikap, sifat manusia tak pernah berubah. Seolah-olah mereka tak mempunyai hati & perasaan. Seolah-olah tiada akhirat untuk mereka. Apakah mereka tak fikir bahawa hidup di dunia hanya sementara? Tiada pembalasan atas apa yang mereka lakukan terhadap orang lain? Adakah hanya kerana dulu mereka hidup di zaman Tok Kaduk, maka orang sekarang juga harus merasakan apa yang mereka rasa dulu.
Betapa dunia bisnes ini terkadang keji pada aku. Maaf atas bahasa aku. Aku muak dengan orang bisnes. Talam dua muka. Cakap tak serupa bikin. Pentingkan diri sendiri. Tiada perasaan. Mungkin aku tak layak berada bersama mereka. Aku bukan terlalu baik, aku harap hati aku cukup keras ataupun aku cukup jahat untuk turut menjatuhkan orang lain, menindas orang lain, membalas balik apa yang aku rasa. Sudah tiba masa aku menjadi seorang yang tidak baik dan hati aku busuk pada orang lain.
~ Setan sedang bergumbira melihat aku menaip kesemua ini. Hati aku pun agak panas seperti pisang goreng panas..
apply ler jadik cikgu... hehehe
ReplyDeletekapten - andai aku dpt apply yg daerah kulim ini. tp aku kekurangan waktu ketika itu, adehhhh..
ReplyDeletebetul tu..trylah apply..x de ker apply online??..tak pun jadi cikgu sandaran..kurang2 dapat gak duit
ReplyDeletehohoh....
ReplyDeletecam tau2 jer...
ekekke...
biasa la tuh...
asam garam idup namenye....
lari p keje mn pn...
sm jer sume...
selagi sume org ada PHD yg xdiiktiraf..