Makanan segera : apa yang ingin aku ciptakan?

Sekarang semua nak segera. Sampaikan makanan segera lagi lah berlambak-lambak di pasaran. Sambal belacan segera sudah ada. Karipap, samosa segera pun dah ada walaupun terpaksa kena goreng terlebih dahulu. Aku rasa macam nak buat laksa asam Kedah segera ja. Tak pun tomyam campur segera. Tak payah susah-susah buat asam laksa yang merenyahkan itu. By the way, merenyahkan tu maksudnya menyusahkan.

SmileSmileSmileSmileSmile

Aku tau lambat nak tunggu kuah laksa asam tu masak. Tambah-tambah lagi resepi aku yang tunggu bawang kisar dengan cabai kering kisar tu sampai masak satu persatu. Kalau campur dua-dua sekali memang la senang tapi nanti tak sedap. Kalau aku buat segera, nanti orang nak makan pun senang. Tak payah penat-penat menunggu kuah asam laksa sebati.

Heh, sembang pasal asam laksa terus perut lapar dan terliurkan asam laksa Kedah ni. Aduhhhh, bila la aku rajin nak buat asam laksa ni lagi. Ada orang nak tolong? Tolong makan ja aku tak layan. Hahaha..

GrinGrinGrinGrinGrin

Aku tahu member aku si Kura Purple mesti nak join makan asam laksa. Jom jom join makan..

10 Pemberi Komen:

  1. Laksa tu makanan kegemaran kak tirana jugak..hehehe... Bila sebut laksa..terliur aje walaupun baru lepas makan..hehehe

    ReplyDelete
  2. sis tirana - baru lepas mkn? naz dpt mkn pn esok +.+

    kapten - kapten jeles +.+

    ReplyDelete
  3. aah...beli jer..kan senang..haha

    ReplyDelete
  4. terliur lak.. da lama xmkn laksa ni..

    ReplyDelete
  5. beli kuah byk2 kat pasar mlm pastu letak dalam freezer... bila nak makan baru panaskan... dh try nanti bagitau ye hehehe aduyai

    ReplyDelete
  6. apa ni.. sembang pasai asam laksa ni. meleleh da ayaQ lioq ni. waaa

    ReplyDelete
  7. huhuhu, cpt2 la p cari laksa ^_^

    ReplyDelete
  8. pernah cuba megi kuah laksa?

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan