Pemalu lelaki

Ops aku bukan ingin mengatakan mengenai perkara lain. Tidak sekali-kali mengenai kemaluan walalupun tajuk entri ini mempunyai sipi-sipi pada akar perkataan itu. Tapi itu pun pemalu. Lain kan. Paksikan kembali akal kamu semua pada tajuk itu.

Mari bercerita mengenai lelaki pemalu. Kamu wahai wanita yang memiliki lelaki spesies ini tidak perlu bimbang andai ada perempuan lain ingin bertanyakan soalan pada lelaki spesies ini. Mereka tidak akan memandang perempuan itu ketika menjawab soalan. Mereka hanya memandang kamu. Padahal perempuan lain yang bertanyakan soalan. Bukankah itu sudah bagus.

Kamu juga tidak perlu bimbang andai perempua lain bergurau dengan lelaki spesies ini.
Kerana mereka hanya akan menunduk tersenyum. Tapi mungkin juga mereka sedang buat malu-malu. Haha, aku tidak tahu. Cubalah tanya lelaki spesies ini.

Realitinya, lelaki spesies ini memang seorang yang pemalu. Namun, harus dipastikan jua andai malu mereka itu hanya plastik.

LipsareSealedLipsareSealedLipsareSealedLipsareSealed

update : Aku cuma mendalami jiwa lelaki pemalu. Amilrash, takda maknanya aku nak promote pakwe aku.

4 comments:

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan