Singkatan itu

Bukannya pakaian singkat yang mampu menampakkan 'parit' dan 'longkang' pada badan itu. Lagipun aku adalah seorang yang tembam, mana mampu untuk bergaya dengan pakaian sesingkat itu. Yang aku maksudkan adalah singkatnya pada perkataan yang digunakan. Aku bukanlah pakar bahasa kerana pada sesetengah orang aku adalah 'perogol' bahasa dengan penggunaan bahasa yang salah kedudukan letaknya. Walaubagaimanapun, aku rasa aku agak tidak menyukai penggunaan perkataan yang disingkatkan.

Mungkin kerana aku akan mengambil banyak masa untuk memikirkan apakah perkataan penuh ayat yang telah disingkatkan itu. Jadi apabila bertemu blog yang menggunakan perkataan yang singkat-singkat sahaja, itu menjadi masalah pada aku. Namun, rasanya itu bukan masalah yang besar. Asalkan dapat memuaskan hati penulis itu seperti mana aku berpuas hati dengan menggunakan perkataan penuh dan hanya sesetengah saja disingkatkan, itu sudah memadai.

p/s - Bosan sungguh hari Ahad. Aku rasa macam nak buat poll berapa ramai nak pergi tengok wayang dengan aku, haha.

8 comments:

  1. dh la..
    bek tukar poll tu..
    wt malu je..haha

    ReplyDelete
  2. ikut keselesaan ar..ade yg suke singkat. ade yg x suke. =)

    ReplyDelete
  3. lorh... nak ajak tgk wayang pon mau poll kaa?

    emel sude...

    ikut selera org gak laa sebenarnya. kita susah nak paksa2 org agar ikot apa kehendak kita. apatah lagi di dunia internet yang bebas tanpa sempadan neh. mcm2 perangai yang ada.

    cuma, pilihan di tangan kita. kalo agak2 kita sedang menyakitkan mata kita, cepat2 lah off skrin komputer...

    tol tak?

    ReplyDelete
  4. nak ngok wayang!! jomlah..

    ReplyDelete
  5. ikut keselesaan penulis dan pengunjung blog..asal faham dan sampai mksud dah ckup tp jgn pulk smpai lupa bahase sendiri, hehe..

    ReplyDelete
  6. atok nk g!
    atok nk g!
    muahaahhaha

    ReplyDelete
  7. nasri - jeles la tu

    siti - itu sudah pasti ;)

    akeji - hait understand =]

    kapten - aku sudi terus. jom ;)

    turtle - smlm kn dh tngok kan :D

    ibnmasir - trpulang kpd diri sndiri kan =]

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan