Rabu, Januari 07, 2009

Dunia

Terdapat pelbagai jenis, spesies, bentuk, perangai manusia di atas muka bumi ni.

Samada kamu akan suka, benci, geram, marah dan sebagainya pada manusia yang lain, kamu harus akur bahawa sepanjang kamu hidup di dunia itu lah pemain watak ciptaan Illahi dan kamu harus menghadapi mereka di dalam perjalanan hidup kamu.
Baca Selanjutnya - Dunia
Rabu, Januari 07, 2009

.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Gambaran yang sungguh sukar dijelaskan.
Baca Selanjutnya - .
Rabu, Januari 07, 2009

Pemalu lelaki

Ops aku bukan ingin mengatakan mengenai perkara lain. Tidak sekali-kali mengenai kemaluan walalupun tajuk entri ini mempunyai sipi-sipi pada akar perkataan itu. Tapi itu pun pemalu. Lain kan. Paksikan kembali akal kamu semua pada tajuk itu.

Mari bercerita mengenai lelaki pemalu. Kamu wahai wanita yang memiliki lelaki spesies ini tidak perlu bimbang andai ada perempuan lain ingin bertanyakan soalan pada lelaki spesies ini. Mereka tidak akan memandang perempuan itu ketika menjawab soalan. Mereka hanya memandang kamu. Padahal perempuan lain yang bertanyakan soalan. Bukankah itu sudah bagus.

Kamu juga tidak perlu bimbang andai perempua lain bergurau dengan lelaki spesies ini.
Kerana mereka hanya akan menunduk tersenyum. Tapi mungkin juga mereka sedang buat malu-malu. Haha, aku tidak tahu. Cubalah tanya lelaki spesies ini.

Realitinya, lelaki spesies ini memang seorang yang pemalu. Namun, harus dipastikan jua andai malu mereka itu hanya plastik.

LipsareSealedLipsareSealedLipsareSealedLipsareSealed

update : Aku cuma mendalami jiwa lelaki pemalu. Amilrash, takda maknanya aku nak promote pakwe aku.
Baca Selanjutnya - Pemalu lelaki
Selasa, Januari 06, 2009

Pergi sudah

Iya, mereka sudah pergi.
Pergi, keluar dari tempat kerja ini.
Si kura purple.
Si buntat ikan emas.

Selepas ini, usikan gurauan manjaan hanya boleh dilakukan di alam maya.
Dan mungkin insyaAllah, sekali-sekala sahaja di alam nyata.

Apa-apapun, aku harap persahabatan ini kekal selamanya.

Baca Selanjutnya - Pergi sudah
Ahad, Januari 04, 2009

Singkatan itu

Bukannya pakaian singkat yang mampu menampakkan 'parit' dan 'longkang' pada badan itu. Lagipun aku adalah seorang yang tembam, mana mampu untuk bergaya dengan pakaian sesingkat itu. Yang aku maksudkan adalah singkatnya pada perkataan yang digunakan. Aku bukanlah pakar bahasa kerana pada sesetengah orang aku adalah 'perogol' bahasa dengan penggunaan bahasa yang salah kedudukan letaknya. Walaubagaimanapun, aku rasa aku agak tidak menyukai penggunaan perkataan yang disingkatkan.

Mungkin kerana aku akan mengambil banyak masa untuk memikirkan apakah perkataan penuh ayat yang telah disingkatkan itu. Jadi apabila bertemu blog yang menggunakan perkataan yang singkat-singkat sahaja, itu menjadi masalah pada aku. Namun, rasanya itu bukan masalah yang besar. Asalkan dapat memuaskan hati penulis itu seperti mana aku berpuas hati dengan menggunakan perkataan penuh dan hanya sesetengah saja disingkatkan, itu sudah memadai.

p/s - Bosan sungguh hari Ahad. Aku rasa macam nak buat poll berapa ramai nak pergi tengok wayang dengan aku, haha.
Baca Selanjutnya - Singkatan itu
Sabtu, Januari 03, 2009

Bantulah aku




Kalau sesiapa mempunyai kaedah untuk penyelesaian masalah ini, sila kemukakan pada aku. Aku pinta ye.

Masalah ini berlaku bila aku clik kat Local Disk C & D tu..
Baca Selanjutnya - Bantulah aku
Sabtu, Januari 03, 2009

Hati aku

Hati merintih mencari panduan
sedangkan hanya pada-Nya yang Maha Kuasa
segalanya kembali
pada keadaan asal.

Baca Selanjutnya - Hati aku
Jumaat, Januari 02, 2009

Rumah Papan Piring Astro

Jangan korang pandang rumah papan itu dengan tidak bermata. Walaupun seolah-olah hampir roboh, cuba korang dongakkan ke atas atap zink yang kemerah-merahan itu. Pasti korang akan nampak sesuatu. Bukannya langit yang korang selalu tengok atau ada kasut jepun yang terbaling sesat ke atas sana. Mungkin juga bukan bulu ayam badminton yang budak-budak, abang budak, adik budak, bapak budak selalu main setiap petang.

Tapi di atas sana ada piring Astro. Dengan kaedah penyiaran yang mempunyai pelbagai pilihan, apatah lagi disogok dengan iklan kecerdikan rakyat di Malaysia, maka rumah papan hampir roboh itu turut sama menikmati perkhidmatan Astro.

Usah ditanya pula kenapa tidak membaiki rumah papan yang hampir roboh sebaliknya memasang piring Astro kerana dek akibat peningkatan harga getah sekerap tahun lepas, lambakan keuntungan yang diperolehi mampu untuk menenggelamkan pandangan orang lain mengenai taraf jawatan penoreh getah.

Harapnya musim hujan ketika ini, rumah papan hampir roboh mampu bertahan. Harapnya juga, insan di dalam rumah itu mampu diisi perut mereka. Dapur mereka berasap dengan memasak makanan untuk insan di rumah itu. Apa adanya piring Astro sedangkan rumah papan hampir roboh.

- Entri ini ditujukan buat penjawat jawatan penoreh getah. Semoga tabah dengan penurunan harga getah sekerap.
Baca Selanjutnya - Rumah Papan Piring Astro
Khamis, Januari 01, 2009

Sekadar mencuba

Baca Selanjutnya - Sekadar mencuba
Khamis, Januari 01, 2009

Aku jeles

Siapakah si tukang design gambar ini. Sungguh cantik hingga membuat aku cemburu.

Baca Selanjutnya - Aku jeles