Ini kisah mengenai seorang anak yang tak sanggup untuk keluar bersama-sama dengan ayah dia. Naz sungguh sedih bila dapat tau pasal cerita daripada mak bila Naz balik cuti hari Ahad dan Isnin lepas. Rasa sebak waktu dengar mak cerita. Alhamdulillah mak ada nasihatkan si anak tu. Dia tu tak lain tak bukan, adik-beradik naz jugak. Asal-usul kejadian ni adalah bila si anak, si emak dan si ayah tu dengan kebetulannya saja jalan-jalan p rumah Naz dengan 2 buah motor. Kemudiannya bila dah lama tiga beranak ni duduk sembang dengan mak Naz, si anak ni bagitau lah dia nak ke suatu tempat untuk satu tujuan (lebih baik naz tak huraikan, kita ambil aktibar cerita ni sahaja, yang selebihnya biarlah rahsia) pada suatu tarikh. Si ayah ni pun pelawalah dirinya nak bawak si anak ke tempat tu sebab dia tau tempat tu dan kebetulan hari tu dia free. Tapi lain pulak balasan si anak ni. Dia boleh pulak membalas yang dia tak sanggup nak keluar dengan ayah dia, dia rela pergi sendiri ke tempat tu. Dia suruh si ayah tak payah susah-susah, dia tak mau pergi dengan si ayah. Dia malu.
Tersentak semua orang. Naz yang dengar dari mulut mak pun terkejut. Rasa macam nak berhenti ja jantung. Kalau anak sendiri malu dengan ayahnya, habis siapa lagi yang si ayah tu nak harapkan bila dia perlukan bantuan, perlukan kasih sayang? Kalau haiwan pun tau sayangkan anak dan emak ayah dia, takkan manusia tak boleh?
0 Pemberi Komen:
Post a Comment
1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan