Jom Peluk-Peluk, Nak?
Menurut Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. Tapi tu hanya untuk orang yang dah berkahwin. Habis kita yang bujang macam mana? Boleh buat macam si Harun Salim Bachik dan Liyana Jasmay kat atas tu ke? Jangan risau, ada kaedahnya yang tersendiri tau. Nak tau ke?
Sebelum tu, saya sarankan anda menikmati entri ini di dalam suasana panas dan bukan suhu suam-suam kuku mahu pun ketika waktu hujan turun atau suhu sedang sejuk. Saya tak bertanggungjawab dan terlibat dengan sebarang kesan dan akibat yang berlaku kepada diri anda yang boleh mendatangkan mudarat dan bahaya. Sekian. Dah bersedia untuk pelajari tekniknya? Jom!
Gambar diambil di http://theoatmeal.com/comics/hugs
Jadi anda dah pilih kaedah mana yang anda suka? Kalau takda calon tu, sila lah peluk emak anda.
Gambar diambil di http://www.habibjewels.com sebelum diedit
Gambar diambil di http://zackzukhairi.blogspot.com/
Untuk orang bujang seperti kita, mungkin boleh beli bantal macam orang Jepun kat atas. Tapi rasanya tak ada dijual kat Malaysia, jadi jomlah kita peluk bantal. Bak kata entri si wazy84 dalam entri Rahsia Bantalnya.
0 Pemberi Komen:
Post a Comment
1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan