Tapi setakat ni menurut pemerhatian saya, di kawasan tempat saya kerja sekarang ni, kebanyakan masa bebudak kat sini banyak dihabiskan dengan main game yang tak membina kat Tagged dan juga Facebook sahaja. Ada ketikanya saya jadi geram dan mintak bebudak (yang berumur 5 tahun ke 7 tahun) main game yang berbentuk educational. Saya sampaikan p taipkan link lagi kat dorang. Masalahnya hanya 5 minit atau pun tak sampai pun dorang main game yang berilmiah tu. Lepas tu, terus main semula game cuci akuarium, game kutip buah. Tak salah pun nak main game macam tu. Kadang-kadang (bukan kadang-kadang, selalu kot) kita jadi addicted. Tapi bila ada yang ponteng sekolah hanya kerana semata-mata nak bermain game sahaja, saya dan penolong jadi bengang jugak. Dah banyak kali tegur, kami jadi malas jugak. Iya lah, emak ayah dorang pun mungkin tak kesah kan. Kami yang orang asing lak dok bagi nasihat lebih-lebih. Alahai...
Gambar ni menarik jugak untuk dilayan. Sila klik untuk darjah penglihatan yang lebih besar.
0 Pemberi Komen:
Post a Comment
1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan