Lepas tu ada pulak yang konon-konon nak sambut Julai tapi cover dengan maksud tersirat hari lahir, haha. Entah sapa. Tak mau letak link dia. Haha. Errr tapi dah letak……mangaiSelamat datang Julai.
Apapun syukur yang amat kerana Jun dah selesai saya lalui. Memang satu kegembiraan yang amat sangat melalui bulan Jun. Salah satu sebabnya adalah pekerjaan terbaru saya. Saya seolah-olah menjadi seorang budak kecik yang dapat hadiah yang sangat-sangat dia inginkan. Perasaan tu tak tercipta untuk ditulis…huhuhu.
Setelah 5 bulan berada dalam zaman kesedihan, zaman kejatuhan, zaman kemiskinan, akhirnya pada penghujungnya ada sinar.fm harapan yang menjelma. Biar pun ada kasih yang terputus, alhamdulillah kasih Illahi terjalin dengan nilai yang baru malah kesedaran terhadap kasih Nya yang Maha Kuasa makin menumbuh dalam diri. Biasalah, saya sedar diri sendiri. Tapi perkara yang terjadi sekurang-kurangnya isi tersiratnya mampu diterjemah oleh saya. Alhamdulillah.
Namun, kata orang bila dah berada di tempat tinggi, jangan lupa memandang yang di bawah. Cumanya mungkin saya tidak akan memandang orang yang pernah memandang rendah saya sebelum ini. Hukum Karma mungkin.
Ingin menambah bahawa sekarang saya lebih terbuka menerima kritikan. Mungkin apabila kita dah merasa jatuh dan kemudian ada peluang untuk bangun, kita menjadi lebih bersedia dan terbuka minda. Barangkali. Namun, ada perbezaan antara kritikan dan cacian. Harapnya tiada lagi anonymous yang memberikan cacian. Sila berikan kritikan. Itu lebih afdal. Terima kasih.
0 Pemberi Komen:
Post a Comment
1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan