Blogger Pandai vs Blogger Bijak

Menurut Dr. Azhar Hj Sarip, Perunding Emosi Spiritual N.L.P Training,
Orang pandai sebenarnya belum tentu bijak manakala orang bijak boleh menjadi orang pandai. Orang pandai akan membaca buku dengan rajin dan akan menjawab soalan peperiksaan dengan baik asalkan soalan yang diberikan itu menuju terus kepada apa yang mereka baca manakala orang bijak pula menjawab soalan mengikut kefahaman mereka dan bukan mengikut ayat buku. Orang bijak adalah orang yang tidak tahu akan kemahiran diri lalu dia menggunakan sepenuhnya kemahiran yang diberi oleh Allah S.W.T untuk menjalani kehidupan. Orang yang bijak terus menerus mencari kemahiran diri tetapi orang yang pandai hanya tahu berdiam diri kerana bagi mereka ilmu mereka sudah tinggi tidak terperi lalu duduklah mereka dalam zon yang selesa.
Anda semua dah jelas antara perbezaan orang bijak dan orang pandai? Atau masih pening pada istilah orang pandai dan orang bijak? Sila baca dengan perlahan-lahan sebab Naz tau anda semua akan pening (Naz dulu pun pening jugak pertama kali baca, hehe)
Oleh sebab Naz blogger (walaupun kadang-kadang keliru pada istilah blogger), awak blogger, dia dan dia blogger, jom kita bicara isu ini dalam konteks blogger. Blogger pandai dan blogger bijak. Bilangan blogger semakin ramai. Kerana apa? Kerana blogger percaya, dengan berblog nilai populariti diri meningkat, nilai mempunyai blog boleh dihebah-hebahkan, nilai duit di atas talian akan masuk dalam saku. Tetapi ada blogger yang kemudiannya rasa berblog tidak menguntungkan. Entri yang dipostkannya tak diterima oleh orang. Mana mungkin orang nak memberi komen/pendapat/kritikan kalau entrinya adalah daripada forwarded e-mail. (Naz bercakap begini atas pengalaman sendiri, Naz pernah buat dulu, jujurnya…serius)
blog board Kita tengok Irfan Khairi dapat duit dengan bisnes internet, kita nak buat jugak. Kalau tak diklon sebijik-sebijak, kita klon samar-samar. Pelik kan? Padahal minat dan kemahiran kita tak sama. Emak Naz si tukang jahit, tapi Naz sebagai anaknya yang dulu 24jam duduk sebumbung belum tentu mampu menjahit dan menyiapkan sepasang kurung biru. Kerana apa? Kerana Naz tak punya minat dan kemahiran untuk menjahit. Minat dan kemahiran Naz ke arah lain.
Jadi para blogger, marilah kita melihat kemahiran diri dan tahu teknik untuk mengupas perjalanan kemahiran kita agar kita bergelar blogger bijak pandai. Mungkin kita tak bijak tapi apabila kita sudi belajar mengenali diri sendiri, kita sudah selangkah ke alam misteri menjadi pandai. (Sebenarnya semua orang dah dilahirkan pandai. Setuju?)
Pada Naz, blogger bijak adalah blogger yang menulis dan membuat entri yang peka pada isu semasa dan keywords manakala blogger pandai adalah blogger yang tau menulis. Tu pandangan Naz. Pandangan anda semua? Kalau ada, jangan lah segan untuk dikongsikan!

0 Pemberi Komen:

Post a Comment

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan