Selasa, Julai 06, 2010

Apabila Si Anak Malu Dengan Ayahnya Sendiri....

Ini kisah mengenai seorang anak yang tak sanggup untuk keluar bersama-sama dengan ayah dia. Naz sungguh sedih bila dapat tau pasal cerita daripada mak bila Naz balik cuti hari Ahad dan Isnin lepas. Rasa sebak waktu dengar mak cerita. Alhamdulillah mak ada nasihatkan si anak tu. Dia tu tak lain tak bukan, adik-beradik naz jugak. Asal-usul kejadian ni adalah bila si anak, si emak dan si ayah tu dengan kebetulannya saja jalan-jalan p rumah Naz dengan 2 buah motor. Kemudiannya bila dah lama tiga beranak ni duduk sembang dengan mak Naz, si anak ni bagitau lah dia nak ke suatu tempat untuk satu tujuan (lebih baik naz tak huraikan, kita ambil aktibar cerita ni sahaja, yang selebihnya biarlah rahsia) pada suatu tarikh. Si ayah ni pun pelawalah dirinya nak bawak si anak ke tempat tu sebab dia tau tempat tu dan kebetulan hari tu dia free. Tapi lain pulak balasan si anak ni. Dia boleh pulak membalas yang dia tak sanggup nak keluar dengan ayah dia, dia rela pergi sendiri ke tempat tu. Dia suruh si ayah tak payah susah-susah, dia tak mau pergi dengan si ayah. Dia malu.

Tersentak semua orang. Naz yang dengar dari mulut mak pun terkejut. Rasa macam nak berhenti ja jantung. Kalau anak sendiri malu dengan ayahnya, habis siapa lagi yang si ayah tu nak harapkan bila dia perlukan bantuan, perlukan kasih sayang? Kalau haiwan pun tau sayangkan anak dan emak ayah dia, takkan manusia tak boleh?

hadis akhir zaman
Baca Selanjutnya - Apabila Si Anak Malu Dengan Ayahnya Sendiri....
Ahad, Julai 04, 2010

Agak Janggal Untuk Gunakan Awak Kepada Awak, Perempuan

Saya lebih suka menggunakan kata ganti nama anda kepada perempuan atau pun sebutkan terus namanya kerana pada saya, agak janggal untuk saya gunakan kata nama awak kepada perempuan. Saya rasa macam..errr..luar biasa nak sebut
Terima kasih, awak.
kepada perempuan.
Dulu pernah ada seorang lelaki yang marah pada saya sebab saya gunakan ganti nama
ang
waktu berchatting dengan dia. Katanya saya tak sopan dan bahasa saya kasaq. Eh kat Kedah ok ja. Oh ok, kat Kedah sahaja kot orang lelaki bagi saya guna perkataan
ang
tu. Tapi saya akui, memang kasaq pun kalau gunakan ganti nama tu untuk orang yang pertama kali kita chatting. Atau mungkin lelaki tu yang lebih sensitif. Atau pun ketika tu saya yang terlebih sensitif. Atau pun ketika tu saya tak matang sampaikan panggil si lelaki itu dengan kata ganti nama tersebut. Eh terlajak tajuk pulak..
Pada pandangan saya, kalau saya sebut
awak.
kepada si perempuan, saya rasa seolah-olah saya jadi macam terlebih lembut. Weiiiii, Umi Nazrah. Apa ni?????!!!!
Ok baik, kembali ke pangkal jalan. Cuba bayangkan macam ni. Seorang lelaki (kategori lembut) berjumpa dengan seorang lelaki (yang juga kategori lembut) dan menyapa
Hai awak!!!!
Macam tu lah perasaan saya kalau saya menggunakan
awak.
kepada perempuan.
Umi Nazrah saya dah merepek. Sila ke blog lain yang memberikan ilmu bermanfaat. Terima kasih kalau anda sudi baca sampai habis.

Nak guna I You macam pompuan omputeh pun saya rasa pelik jugak. Arghhh..entri merepek lagi. Sudah la. Setakat ni ja lah. Kang saya lagi merepek.

Gambar di ambil dari http://galaxieblog.com.my/blog/

Pepatah baru dalam situasi yang seandainya kata saya menggunakan kata ganti nama 'awak' untuk bercakap dengan perempuan : Seperti Fasha Sandha bercakap secara empat pasang mata dengan Nora Danish.

Mesti korang dapat bayangkan macam mana keadaannya kan?
Baca Selanjutnya - Agak Janggal Untuk Gunakan Awak Kepada Awak, Perempuan
Sabtu, Julai 03, 2010

Bagi budak-budak, apakah maksud mainan dan bermain?

Zaman sekarang rasanya setiap kanak-kanak ada barang permainan yang tersendiri kan? Dengan alat permainan Ben10, Power Rangers yang pelbagai warna topengnya (dulu-dulu ada jugak tapi saya rasa tak sedahsyat yang sekarang punya), gadget yang moden-moden lagi. Zaman 1980-an dulu mana lah nak ada kesemua tu. Dulu kat sekolah saya main batu seremban, zero point (yang lompat getah panjang tu) dan sewaktu dengannya yang saya pasti mencabar minda jugak. Ye la, nak kena gunakan tenaga nak melompat, nak kena lari bila dibaling dengan kasut dan macam-macam lagi lah. Selain tu, saya setuju mengatakan memang zaman berubah, kanak-kanak sekarang pun makin advance peralatan dan pemikirannya. Malah ada pelbagai gadget yang kanak-kanak sekarang dah pandai menggunakannya padahal saya sendiri masih terkial-kial tak pandai nak guna.

Tapi setakat ni menurut pemerhatian saya, di kawasan tempat saya kerja sekarang ni, kebanyakan masa bebudak kat sini banyak dihabiskan dengan main game yang tak membina kat Tagged dan juga Facebook sahaja. Ada ketikanya saya jadi geram dan mintak bebudak (yang berumur 5 tahun ke 7 tahun) main game yang berbentuk educational. Saya sampaikan p taipkan link lagi kat dorang. Masalahnya hanya 5 minit atau pun tak sampai pun dorang main game yang berilmiah tu. Lepas tu, terus main semula game cuci akuarium, game kutip buah. Tak salah pun nak main game macam tu. Kadang-kadang (bukan kadang-kadang, selalu kot) kita jadi addicted. Tapi bila ada yang ponteng sekolah hanya kerana semata-mata nak bermain game sahaja, saya dan penolong jadi bengang jugak. Dah banyak kali tegur, kami jadi malas jugak. Iya lah, emak ayah dorang pun mungkin tak kesah kan. Kami yang orang asing lak dok bagi nasihat lebih-lebih. Alahai...

Gambar ni menarik jugak untuk dilayan. Sila klik untuk darjah penglihatan yang lebih besar.

313951.zoom

Baca Selanjutnya - Bagi budak-budak, apakah maksud mainan dan bermain?
Jumaat, Julai 02, 2010

Jom Peluk-Peluk, Nak?

harun-salim-bachik-peluk-liyana-jasmayPerhatian! Ini entri merepek di kala tak ada mood.

Menurut Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. Tapi tu hanya untuk orang yang dah berkahwin. Habis kita yang bujang macam mana? Boleh buat macam si Harun Salim Bachik dan Liyana Jasmay kat atas tu ke? Jangan risau, ada kaedahnya yang tersendiri tau. Nak tau ke?
Sebelum tu, saya sarankan anda menikmati entri ini di dalam suasana panas dan bukan suhu suam-suam kuku mahu pun ketika waktu hujan turun atau suhu sedang sejuk. Saya tak bertanggungjawab dan terlibat dengan sebarang kesan dan akibat yang berlaku kepada diri anda yang boleh mendatangkan mudarat dan bahaya. Sekian. Dah bersedia untuk pelajari tekniknya? Jom!headercrusherheightskisslongoverman
Gambar diambil di http://theoatmeal.com/comics/hugs
peluk2
Jadi anda dah pilih kaedah mana yang anda suka? Kalau takda calon tu, sila lah peluk emak anda.
Gambar diambil di http://www.habibjewels.com sebelum diedit

Gambar diambil di http://zackzukhairi.blogspot.com/

Untuk orang bujang seperti kita, mungkin boleh beli bantal macam orang Jepun kat atas. Tapi rasanya tak ada dijual kat Malaysia, jadi jomlah kita peluk bantal. Bak kata entri si wazy84 dalam entri Rahsia Bantalnya.
Baca Selanjutnya - Jom Peluk-Peluk, Nak?
Khamis, Julai 01, 2010

Jun Yang Memberangsangkan!

Semestinya ramai orang mengalu-alukan bulan Julai. Ada yang mengucapkan

Selamat datang Julai.

Lepas tu ada pulak yang konon-konon nak sambut Julai tapi cover dengan maksud tersirat hari lahir, haha. Entah sapa. Tak mau letak link dia. Haha. Errr tapi dah letak……mangai

Apapun syukur yang amat kerana Jun dah selesai saya lalui. Memang satu kegembiraan yang amat sangat melalui bulan Jun. Salah satu sebabnya adalah pekerjaan terbaru saya. Saya seolah-olah menjadi seorang budak kecik yang dapat hadiah yang sangat-sangat dia inginkan. Perasaan tu tak tercipta untuk ditulis…huhuhu.

anak-anak gembira

Setelah 5 bulan berada dalam zaman kesedihan, zaman kejatuhan, zaman kemiskinan, akhirnya pada penghujungnya ada sinar.fm harapan yang menjelma. Biar pun ada kasih yang terputus, alhamdulillah kasih Illahi terjalin dengan nilai yang baru malah kesedaran terhadap kasih Nya yang Maha Kuasa makin menumbuh dalam diri. Biasalah, saya sedar diri sendiri. Tapi perkara yang terjadi sekurang-kurangnya isi tersiratnya mampu diterjemah oleh saya. Alhamdulillah.

Namun, kata orang bila dah berada di tempat tinggi, jangan lupa memandang yang di bawah. Cumanya mungkin saya tidak akan memandang orang yang pernah memandang rendah saya sebelum ini. Hukum Karma mungkin.

Ingin menambah bahawa sekarang saya lebih terbuka menerima kritikan. Mungkin apabila kita dah merasa jatuh dan kemudian ada peluang untuk bangun, kita menjadi lebih bersedia dan terbuka minda. Barangkali. Namun, ada perbezaan antara kritikan dan cacian. Harapnya tiada lagi anonymous yang memberikan cacian. Sila berikan kritikan. Itu lebih afdal. Terima kasih.

Baca Selanjutnya - Jun Yang Memberangsangkan!