Emak dan bola sepak

Ini kisah mengenai mak. Tetiba rasa nak menulis mengenai mak pulak. Mak suka tengok perlawanan bola sepak. Kalau kat rumah, aku dengan mak akan buat collaboration tengok perlawanan bola sepak dan kami berdua mesti akan riuh rendah masa tengok perlawanan bola sepak tu. Tapi berlainan pulak dengan ayah. Dia diam saja. Paling best tengok liga Malaysia, nanti kami dua beranak jadi geram kalau bola tak masuk gol. Ayah masih sama maintain cool saja. Kalau dalam liga Inggeris, kami dua beranak perempuan diam senyap saja sebab kami tak minat sangat. Lagipun liga Inggeris agak best, lancar ja permainan diaorang. Jadi kami pun layan Liga Malaysia saja. Dapat jugak kami lepas geram tengok game tu. Masa siaran Liga Malaysia pun dalam pukul 10 malam saja.

Mengenai Piala Dunia, yup mak ada berjaga untuk tengok perlawanan kat TV. Ayah ja yang lena berdengkur sorang-sorang, haha. Tapi mak tengok perlawanan Piala Dunia senyap-senyap saja, tak ada reaksi riuh rendah sebabnya tak mahu bagi ayah terjaga daripada tido. Nanti kena marah dengan ayah, haha. Macam mana aku tau mak bangun tengok perlawanan Piala Dunia? Pasti la mak yang bagitau. Anak beranak perempuan mana boleh rahsia-rahsia. Tapi terfikir jugak, agak-agak ayah tau tak yang bini dia bangun tengok Piala Dunia....

7 comments:

  1. boleh tahan jugak mak Naz ye..hehehe

    ReplyDelete
  2. hehe~ ayah senyap tanda buhsan~ ngeh3~ ^^

    ReplyDelete
  3. mak ko boleh jadik member aku... untuk kejutkan aku tgk piala dunia

    ReplyDelete
  4. ni dunia sudah terbalik atau mmg begini..
    ayh xtgk bola..kaum pmpuan je tgk bola..haha

    ReplyDelete
  5. mugkin betul ayah dah bosan ngan bolasepak Malaysia +.+

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan