Mengapa aku memilih lelaki yang lebih muda?

Kisah aku takkan seglamour kisah si Rita Rudaini dengan si Aidil itu. Lagipun perbezaan umur antara aku dengan lelaki itu tidaklah juga sejauh dan sebanyak umur Rita dan Aidil. Perbezaan umur kami cuma setahun. Kisah yang dicoret disini bukannya apa pun. Cuma sekadar memenuhi permintaan daripada sesetengah blogger yang ingin aku menceritakan mengenai diri aku dan selebihnya. Kadang-kadang rasa macam tak ada apa yang menarik pun mengenai diri aku dan selebihnya. Tapi ini terasa sesuatu pula dengan kes Rita-Aidil yang lainnya yang mempunyai perbezaan umur. Mungkin ada yang beranggapan perempuan yang memilih lelaki yang lebih muda daripada mereka hanya kerana ingin turut sama merasa diri mereka muda. Mungkin itu ada benarnya. Mungkin juga tidak.

Pada diri aku, lelaki muda ini lebih matang daripada diri aku dan matang dalam mengatasi masalah dan jiwa si perempuan yang lebih tua daripada mereka. Segala masalah aku akan ada alternatif lain yang aku tidak pernah fikirkan. Bukan maksud aku lelaki yang seusia aku ataupun tua melebihi aku tidak matang, cuma lelaki sebelum ini yang aku kenali mahu aku menjadi seperti mana yang mereka inginkan. Yang tua inginkan aku menjadi matang seiring dengan umur aku. Yang seusia mahu aku menjadi seperti gadis yang lebih muda. Yang lebih muda hanya mahu aku menjadi diri aku.

Apapun, andai sudah cinta dianugerahkan Allah, tiada bezanya umur yang muda ataupun yang lebih tua.

# Sebenarnya tak banyak pun kan hujah-hujah aku. Confirm tak layak masuk debat.

10 comments:

  1. saya setuju.. sbb saya pon serupa awak.. hehe.. xde hujah2.. dah berkenan.. ok la kan.. :)

    ReplyDelete
  2. afixz - hehe, ada penyokong ^_^

    ReplyDelete
  3. mak kawan aku kat kg lebih tua dua tahun dari ayahnya... ok jer... no problem ler

    ReplyDelete
  4. aku berbicara mngenai lelaki yg lebih muda drpd pmpuan lah, kapten..

    +.+

    ReplyDelete
  5. sy pun lbh suka kat perempuan yg lebih tua kot.. hehe..

    sbenarnya klu hati dah suka.. umur bukanlah penghalang..

    ReplyDelete
  6. ezany - itu lah, klau sudah cinta +.+

    ReplyDelete
  7. first love atok pon tue dr atok.
    haha ;DD

    ReplyDelete

1Komen, idea bernas didahulukan, kritikan diutamakan